Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia

 Hi

Dah renew lesen memandu ampaaa??? Check lah kot dah tamatt tempoh hehe

Siapa disini belum tahu bahawa kalau nak perbarui (renew) lesen memandu pun boleh sebenarnya dibuat di kaunter pejabat pos. 

Pada mulanya saya pun tak tahu Pos Malaysia ada servis perbarui lesen memandu ni. Kebiasaanya kita akan pergi ke pejabat JPJ terdekat kann untuk berbuat demikian. Servis ni memang dah lama kot Pos Malaysia buat cuma org ramai tak tahu sangat

Renew Lesen RM30
Caj servis RM2.50

Maklumlah, kalau dengar pejabat pos je mesti dalam fikiran duk terbayang kan pasal bayar bil, pos barang, renew insuran, amik duit ASB kannnnn

Bagus lahh bagi saya yang tak berapa suka bersesak-sesak dgn orang ramai ni pergi Pos Malaysia untuk selesaikan masalah tersebut. Nak tunggu pun tak lama, cuma ambil nombor giliran dan pergi dikaunter cakap nak renew lesen memandu Malaysia

Biasanya untuk renew lesen memandu ni saya pergi JPJ UTC lah.. tapi kekadang UTC ni ramai juga orang. Kat situ kan one stop centre lah untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan dengan agensi kerajaan. 

Kiranya bagus juga lah inisiatif Pos Malaysia ni sudi berkolaborasi dengan JPJ untuk memudahkan pemandu-pemandu di Malaysia renew lesen

Harga lesen memandu sama je kalau kita bayar di JPJ.. Sebagai contoh lesen Motor+Kereta (CDL) tu kan di kaunter JPJ still RM30 untuk setahun. Kalau 2 tahun pun sama juga cuma darab je lah 2 tahun RM60. 

Incase malas nak berulang - alik renew lesen memandu anda boleh je renew untuk tempoh 5 tahun terus.. Kena ingat lahh expired nya hehe, nanti kena saman!!

Memandangkan kita guna servis Pos Malaysia, pihak diaorang kenakan skit caj untuk perbarui lesen memandu. Sebagai contoh, lesen memandu 1 tahun RM30 manakala caj servis cuma RM2.50. Bayar pakai cash je ... 

Kalau saya, baik bayar lah sebab nak gi JPJ tu jauh skit dan lambat kena amik masa.. Pejabat pos pulakk kebetulan dekat dengan rumah... 

Bagi sesiapa yang tak tau,,, pasni sudah boleh ya renew lesen memandu di pejabat pos.. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023