Tips Memilih Produk Mendapat Permintaan

Hai, sememangnya hasrat untuk memborong di China sudah tidak sabar lagi bagi peniaga yang sudah mencuba buat pertama kali sebab beli terus dari sana anda akan mendapat harga murah penjimatan sebanyak 70-80 % modal anda. Balik Malaysia, harga sudah boleh mark up lebih tinggi. Modal rendah untung tinggi yang kita nak kan?


Tips Kaji Pasaran & Bisnes Borong China

Salam semua,

Sebelum membeli apa2 barang kan kita kena kaji dahulu pasaran kita. Kalau pasaran kita tu suka makan sudah tentu kalau buka kedai makan mesti ramai datang makan. Kalau uolss jual baju kanak2 pergi jual kat budak sekolah mana lah depa beli sebab mereka pun tak ada anak lagi kan.. hihihi ..

Ebook Panduan Memborong Di China

Untuk memudahkan anda belajar dan menimba ilmu, kawan saya telah bukukan pengalaman dia memborong dari China . Dia tulis sebuah ebook yang beliau beri nama....

RAHSIA TAOBAO ..anda patut baca ! Bukan setakat baca tapi kena praktikkan..

Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku

Ada 5 ciri yang perlu anda perhatikan apabila memilih barang yang mahu anda borong di TaoBao. Jika barang tersebut memenuhi kelima-lima ciri ini, saya yakin, anda akan mampu menjana keuntungan yang besar dalam perniagaan anda.

Barang yang dipesan akan dapat sampai ke tangan anda dengan selamat... dan dengan pantas, ianya juga akan menjadi rebutan kepada pelanggan-pelanggan anda.

Pastikan anda tidak beli dan borong apa-apa produk di TaoBao.com selagi anda belum mengetahui 5 ciri ini!

Kuantiti Bisnes Borong China

Salam..

Hai,,mungkin ada diantara kita nak mula memborong barang dari China dah. Tak sabar dibuat nya. Maklumlah orang kata kalau beli direct China boleh dapat murah kan. Tapi pernah anda terfikir berapa banyak MOQ ( minimum of quatiti order) kalau kita nak beli barang ? Jap gi saya cuba tuliskan dan ceritakan ..

Risiko Ke China & Bisnes Borong China

Hai..

Mungkin ada dah tak sabar nak pergi ke negara tanah besar untuk memborong kan? Fikir masak-masak dulu, jgn sampai pergi sana pastu tak tau nak borong apa. Kebanyakkan orang macam ni la.. "Demam" nak borong semua benda. Kena ada strategi dahulu sebelum memborong. Dah fikr strategi anda? Buat sedikit kajian barang apa mendapat permintaan dan laris di pasaran Malaysia..


"Risiko tak jumpa barang yang anda nak jual"

Saya tahu, anda nak borong benda yang orang kata laku keras di jual sampai over confident pun ada. Lepas beli tiket flight, booking hotel apa semua tetiba barang yang anda nak beli tu tak jumpa. Mana tau kan, sebab plaza memborong di China sangat luas & besar, Mampu dan laratkah anda nak turun naik bangunan dalam masa yang singkat. Kalau pergi dengan agen baik nya dia orang sudah berpengalaman dalam situasi ini. Kalau pergi sorang2 alamakkk nya tersesat!

Mencari barangan yang serupa saiz, warna, corak seperti yang anda lihat di internet, di Facebook amat mencabar dengan masa yang singkat. Bukan itu sahaja, dengan beribu kedai lagi memang menyukarkan misi anda. Anda kena sediakan banyak plan A, B , C .. hihihi

Katakan anda menjual pakaian, trend dan fesyen pakaian sentiasa berubah dari semasa ke semasa.. Sebab di negara mereka musim/cuaca/iklim sentiasa berubah, tak sama macam iklim di Malaysia.. Mungkin ini akan membantut kan hasrat anda untuk memborong pakaian dari China..


Pstt, jgn risau la, skrg zaman IT dah canggih semua saya tengok. Nak memborong stakat 30-50 helai baju ke apa ke boleh beli kat Taoboa jer. Kalau ada modal RM1000 sudah boleh jana banyak keuntungan anda dapat ... ..Kenal tak Taobao? Masuk sini ..

Macam Mana Nak Borong Barang Di China?

Hai, mungkin ada antara anda yang sudah ada cukup modal untuk memulakan bisnes borong dari 
China. Kawan saya ada cakap kalau nak beli barang murah beli kat China.. Tapi takkan la saya nak kesana sorang diri pastu sesat .. Zaman skrg sudah maju, Mari baca lagi ...

Mungkin ini soalah pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?

Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.

Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?

Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang besar dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.


Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my