Review Maybelline Micellar Water

Hi,

Buat pencinta kecantikkan, anda dah cuba Miceller Water? Bukan toner lah tapi Micellar Water ni guna nak cuci muka bagi bersih-bersih dari sisa kotoran gitu. Saya nak cerita pasal Maybelline Micellar Water. Baru beli dan baru guna.. Guardian ada buat sale murah dan jimat

Micellar Water yang saya dengar ni luar biasa skit sebab ia berupaya menarik kesan kotoran dimuka semasa kita tenyeh manja dengan kapas muka sewaktu membersih muka. Kotoran seperti debu, sisa solekan, sel kulit mati, habuk halus pun boleh dicuci dengan menggunakan Micellar Water. Pilihan saya nak cuba minggu ini Maybelline Micellar Water


Jejalan Cari Makan Di IKEA

Hi,

Pernah pergi IKEA ? Kalau ingat perabut mesti nak pergi IKEA kan. Tapi kali ni saya kesana bukan untuk beli perabut tetapi nak tengok sendiri kemeriahan restoran IKEA yang ada menu-menu Swedish yang popular orang Malaysia selalu makan, meatball !!


Wah, pergi jejalan IKEA ni tak sah kalau tak masuk tempat makan kan. Kat situ selalu ramai orang sebab semua nya rata-rata berkerumun nak beli meatball. Tapi makanan lain pun ada juga dijual seperti pasta, chicken wing, pencuci mulut dan juga nasi lemak kalau uolls datang pagi.

Review: AIKEN Sunscreen Berwajah Baru

Hai,

Hujung minggu jejalan kat Watson sesaje cuci mata, tapi kalau produk AIKEN ada promo memang saya akan beli untuk stok bulan berikut nya. Ye lah, muka kita jenis berjerawat dan berminyak memang memerlukan penjagaan rapi. 

Setelah serasi dengan jenama AIKEN ni saya terus konsisten menggunakan nya bermula dari toner, pelembab, dan krim jerawat serta micellar water tak lupaa juga AIKEN Sunscreen lotian yang berwajah baru nie .. 

Nama produk : Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
Berat              : 150gm
Packaging      : Hijau putih jenama baru
Kegunaan      : Sunscreen lotion
Harga normal : RM20.90 [Guardian], [Watson]

Brand CP Makanan Instant Ketika Travel Kesukaan Saya

Hai,

Ada dalam kalangan uols kan kalau travel ke luar negara agak susah nak mencari makanan halal? Betul tak.. Kalau ada pun tak banyak dan harga pula agak mahal. Sekali skala boleh nak cuba tapi kalau hari-hari tambahan pula keluarga ramai agak besar belanja nya

Saya pun seperti anda, selalu cari makanan travel pack yang sedap dan segar, Maklumlah, makanan travel pack ni selalu nya tahan lama dan dikhuatiri tak sedap tekak nak telan. Tapi, jangan risau wehh dengan brand CP ni anda boleh makan fresh seperti masakan didapur

Lintas langsung dari peti ais 7E haha

Review Guna Palmer's Cocoa Butter Lip Balm.

Hai,

Pernah guna LipBalm? Apa ciri-ciri lipbalm kesukaan uolls sebelum beli??

Biasa la kan kalau bibir dah kering semestinya kita akan cuba cari produk yang sesuai untuk dioleskan pada bibir agar kelihatan lembab dan tidak merekah..

Mee Kuning : NuMee Produk Baru Dari Gardenia

Hai,

Bagaimana dengan hari minggu anda? Tak memasak ker? Eh, sekarang ni Gardenia dah keluarkan produk baru, yang pasti bukan roti lah tapi Mee. Iyaa, mee kuning yang selalu kita makan tu tapi ni nama nya NuMee by Gardenia

Jangan risau, kalau malas sangat nak masak kini anda boleh je masak mee goreng.. Bahan-bahan nak dapat pun mudah. Buka peti ais pun ada kan.. hehe.. Jom cuba NuMee Gardenia


CARA JIMAT BELI TIKET AIR ASIA GUNA KAD BIGPAY

Hi,

Kebiasaan anda mesti ada kad bank yang ada di Malaysia kan.. Tapi sekarang sudah ada kad terbaru dari Air Asia, BIG PAY. Kad colour biru tu! Untuk kaki travel disarankan ada kad BigPay nie, bukan apa.. memudahkan urusan anda untuk booking tiket flight dan tiada sebarang caj booking dikenakan. 


Kad BigPay sudah selamat diterima. Warna biru laut yaa 

Cara Buat Add On Air Asia Selepas Booking

Hai,

Anda seorang traveller? Sering juga membuat tempahan tiket Air Asia ketika FreeSeat mahupun hari biasa kan. Tapi masa murah kekadang kita lupa dan tak berminat lagi nak buat Add On seperti makanan, bagasi tambahan, insurance, nak pilih seat Air Asia dan juga shopping barang bebas cukai. 

Photo by airasia page

8 Tips Memulakan Bisnes Tudung Sendiri

Hi ,

Tudung sekarang sudah pelbagai jenama yang diusahakan kian mendapat permintaan dalam pasaran. Begitu juga anda, kalau nak mula berjinak dalam bisnes tudung jangan tunggu lagi. Mulakan sekarang kerana setiap hari ada sahaja jenama baru tercipta

Potensi Ternak Kambing Untung Lumayan

Hi,

Jika anda seorang usahawan kambing, ternyata usaha itu bukan sia sia. Orang beli kambing kebanyakkan untuk daging nya betul kan? Tapi hasil untuk seekor kambing boleh kita pelbagai kan bentuk pendapatan

Sekarang, industri ternakan kambing pun dah makin berkembang. Dengan adanya teknologi, kini ramai usahawan ternak kambing muncul untuk menampung permintaan terhadap daging kambing segar serta yang nak saya ceritakan harini ialah SUSU KAMBING

Mee Segera Serda: Rasa Masam & Pedas

Hi,

Tatkala termenung..nampak lah si mee segera yang di panggil SERDA ni.. Kalau di Kelantan istilah megi siam. Memang pun disitu ada tulisan Thai yang tidak asing lagi kalau produk macam ni mula masuk di kawasan pantai timur terutama Kelantan

Mee segera SERDA ni memang popular suatu ketika dahulu kerana rasa nya yang unik dan berbeza dengan mee segera sedia ada di pasaran Malaysia. Mee segera SERDA dijual dalam pek seperti dibawah dan kalau anda nak banyak untuk dijual, maka ada je dah siap pack dalam kotak. Sekotak ada 30 bungkus tau!

Review Aiken Tea Tree Oil Micellar Cleansing Gel

Wahh, bestnya.. AIKEN dah keluarkan produk baru tapi saya baru je nak mencuba nya. Memang kalau ada produk baru dari Aiken anda boleh cuba..

Domain & Hosting Murah NetKL Network


Hi,

Ada dalam kalangan anda yang mahukan domain dan hosting harga berbaloi serta mampu milik?

Maklumla kan, kedai online atau blog anda contohnya mestilah nampak profesional baru lah orang mudah percaya nak baca

Disini saya nak bagitau, jawapan nya NetKL.. Dah lama saya juga pernah guna khidmat domain dari NetKL.. 


Cara Bayar Zakat Fitrah Online Guna Maybank2u

Hai,

Bulan ramadhan kian ke penghujung nya. Bagi mereka yang belum tunaikan zakat fitrah kini sudah boleh bayar melalui online Maybank2u je. Semudah klik 123 dah pun siap!

Tanpa membuang masa, mai saya ajar macam mana nk bayar zakat fitrah online. Ni saya guna paparan maybank2u Classic. 

Kalau paparan baru saya tak explore sangat.. Boleh je click back to Maybank2u classic semasa anda di paparan baru terkini. Ada button anak panah !

Cosmoderm Buat Sales

Hai,

Ada yang guna Cosmoderm pencuci muka disini? Saya dah lama pakai jenama ni sejak 5 tahun lepas dan tidak pernah bertukar jenama lain. Rangkaian Cosmoderm saya hanya guna pencuci muka sahaja. Keluaran Cosmoderm yang lain saya belum mencuba nya lagi

Promosi di website Cosmoderm 40% tau, susah nak dapat semurah ini

Resepi Nasi Ayam Mudah

Hi,

Sedap kan kalau menu nasi ayam untuk lunch? Bukan apa, nasi ayam ni bukan je kegemaran saya je malah anda semua yang sedang membaca ni kan? Kalau makan di kedai sepinggan tu tak cukup jadi boleh cuba buat sendiri dari dapur rumah anda

3 in 1 Bekas Air Untuk Raya

Hi, 

BARU ADA CLASS GUNA BEKAS AIR CAMNI !!

Haa, kini dengan bekas air camni sis boleh buat air yang sedap-sedap sekali gus! 

Jiran sebelah pun takdakk mcm ni kan. Jadilah yang terawal akak guna di kawasan akak hehehe :)

3 in 1 Bekas Air Untuk Raya

Satu set yang cantik dan menarik diruang tamu

8 Steps Mudah Puding Roti Warna Warni

Hai,

Bulan puasa best kan ada pencuci mulut lagi meriah dihidangkan pencuci mulut buat sendiri. Bukan apa, buat sendiri lebih jimat duit dan boleh makan satu keluarga. Bagi penggemar pencuci mulut elok je buat sendiri untuk makan anak beranak, ye tak??

Ada sesetengah orang suka ke bazar ramadhan mencari pencuci mulut. Ofcoz kat sana boleh buat anda rambang mata dan terbeli apa yang tak patut. Kini, saya kongsikan resepi puding roti ringkas dan senang disediakan
Belum keras lagi, kena simpan dalam peti ais 

Jejalan Hujung Minggu di Bukit Malawati Kuala Selangor

Hai,

Selamat berhujung minggu. Kalau hujung minggu anda pergi mana je? Kini, untuk mereka yang berhampiran kawasan Kuala Selangor boleh pergi ke Bukit Malawati. Wow, saya pun baru tau situ merupakan tarikan pelancong dan lebih meriah jika anda datang hujung minggu

Bestnya naik tram... kalau larat nak panjat bukit boleh jalan perlahan-lahan.. tapi kami cuba naik tram dengan bayaran RM3 sahaja termasuk pergi dan balik. Ala-ala pelancong luar pula rasa nya. Biasala hujung minggu memang agak ramai pelancong tempatan bersama keluarga masing-masing kesini


Perkhidmatan kereta api (trem) juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum


7 Cara Mudah Reprint Boarding Pass Air Asia Guna Mesin Kioks di KLIA2

Hai,

Best kan kalau dapat naik kapal terbang ? Tapi naik kapal terbang ada langkah-langkah yang perlu diikuti walaupun anda sudah ada tiket iaitu cara nak dapatkan boarding pass. Pass masuk ni bertujuan untuk sahkan kita ni penumpang yang sudah check in dan boleh lalu security check dengan selamat & tenang .. hehe

Untuk check in flight Air Asia membenarkan penumpang berbuat demikian dalam masa 14 hari sebelum berlepas. jadi, dalam masa 14 hari kita dah boleh check in flight kita termasuk laluan domestik dan laluan antarabangsa

Berkunjung Ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019

Hai,

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2019 dah melabuhkan tirainya. Seperti biasa saya dan kawan saya berkesempatan pergi pada malam tersebut untuk mendengar sendiri bacaan ayat suci Al Quran oleh para qari dan qariah bertanding

Nie pertama kali tau saya kesana. Sebelum ni tak pernah lagi pergi mana-mana majlis tilawah alquran ni. Tanpa merancang untuk pergi pun tetiba kawan saya ada bagitau majlis tilawah ni diadakan di KL Convention Centre.

Jadi, saya disana berkesempatan untuk menerjah gituu. Kena rasa sendiri pengalaman depan mata. Sebelum ni kita asyik tengok dalam TV je kan..

Pantang jumpa banner jer kita selfie ramai2

Pengalaman Makan Manhattan Fish Market di Quill City Mall

Hai,

Kalau rasa nak makan ayam mesti pergi KFC kan, burger pula mesti terlintas MCD. Macam mana kalau rasa nak makan menu berasaskan ikan, sebabtu kita kena pergi Manhattan Fish Market. Nama pun dah macam international

Untuk pengetahuan Manhattan ni berasal dari Malaysia dan kini melebarkan sayap perniagaan ke 72 restoran di Asia dan Timur Tengah termasuk Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Myanmar, Oman, Japan, Bangladesh, Qatar, United Arab Emirates, Brunei and Maldives

Pengalaman makan ikan dory di Manhattan Fish Market sempena promosi 

Goodday Susu Kurma Edisi Baru

Hai,

Eh, Goodday ada keluarkan susu. Susu apa? Tentulah susu kurma. Skrg ni pun dah ada beberapa pilihan susu kurma pelbagai jenama. Yang saya kenal masa mula-mula dulu Farm Fresh tu la. Hatt tu sebijik rasa susu segar dicampur kurma. Now, kita cuba jenama Goodday pula, tak salah kan bertukar rasa!

Kalau dilihat gambar ni, katanya ditambah ekstrak kurma. Kurma kan sekali skala dia muncul dalam bulan puasa je banyak dijual. Kini, kurma sudah ada dalam susu haha . Susu Kurma ni pun baru je ada dalam pasaran

Kita cuba pek kecil 300ml sesuai ke tidak ye kan. Maklumlah, perisa baru!

Mee Cintan Perisa Kari Kesukaan Saya

Hai pembaca yang saya kasihi,

Macam biasa la kan kalau tiba malam hari tapi mood memasak tu kelaut tetiba ada Mee Cintan Perisa Kari buat anda tak jadi nak lapar. Mee Cintan ni sebenarnya sudah lama dalam pasaran cuma saya baru nak cuba je hahaha

Sebelum ni takpernah beli. Kalau jejalan dalam pasaraya memang banyak kan jenama bersusun diatas rak. Yang mana selalu makan itu lah yang dibeli ye dakk? Jom kita cuba Mee Cintan Perisa Kari. Nampak seperti pembukusan edisi baru berbanding beberapa tahun yang lepas
Untuk pengetahuan anda, Mee Cintan ni ada perisa lain juga seperti tomyam, asam laksa, seafood, ayam dan banyak lagi

Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

Waktu cuti datang lagi! Kalau masa cuti ni lah kita rajin skit nak cari resepi untuk dibuat. Resepi kita yang mudah-mudah je sebab nak cepattt. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Hahaha . Dapat idea ni haa, Kuih Lapis

Tengok orang jual kat pasar minggu tak terfikir nak buat sendiri . Mungkin malas nak buat satu lapis demi lapis sehingga siap. Tapi, sebelum ni saya jenis tak amik kisah camne nak buat kuih lapis ni . So, kita tau makan je la

Rupanya, nak buat kuih lapis versi mudah ni tidak terlalu cerewet sangat nak cari bahan-bahan mentah. Siapa suka makan kuih lapis dan berhajat untuk buat sendiri dari rumah boleh ikut resepi yang saya dah cuba ni, Kuih Lapis Tepung Beras Homemade!!


Ok, ini rupa dia.. Gebu, lembut dan sesuai untuk budak-budak

Cara Buat Laksam Kelantan Simple

Hujung minggu tak tau nak buat apa kan. Rasa nak makan laksam kelantan. Kalau pergi Kelantan memang mudah nak jumpa laksam. Memang sedap sangat, kalau makan sekali pasti nak tambah lagi. Oh, laksam kelantan ni nak buat pun mudah. Stakat nak makan anak branakk mudah je buat sendiri kan. Yang penting, bahan-bahan mentah pun senang nak beli di kedai runcit je pun

Resepi laksam simple dan mudah, Kalau nak ikut boleh guna bahan-bahan dibawah ini :

  • Tepung beras 3 cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • 1 sdu besar tepung ubi kayu (takde takpe)
  • 5 cawan air
  • Garam skit nak bg ada rasa
  • Minyak 1 sudu

Cara membuat nya :

1. Bahan diatas tu anda campur semua skali dalam satu bekas besar dan kacau
2. Panas kan pengukus
3. Dalam pengukus kena letak tudung periuk jenis leper. Tak nak ada bonggol tau hehe
4. Oleskan sedikit minyak pada penutup periuk
5. Letak lah sedikit adunan tadi dan biarkan 5-7minit sampai adunan tu masak
6. Nak tau adunan dah masak, tepung tu naik gelembung2 udara
7. Boleh angkat dan gulung seperti dibawah

p/s: Guna cawan yang sama. Cawan yang minum kopi pun boleh. Jenis cawan pendek


Campur kan semua bahan diatas lepas tu kacau lah bagi sebati. Jgn berketul tau!

Pertama Kali Makan Mee Kolok Sarawak

Hai,

Dah cuba ke makan mee kolok?

Kalau bertandang ke Sarawak tak sah kan tak cuba dan cari mee kolok. Memang la tak dinafikan kalau nak cari mee kolok asli ternyata skali banyak di Sarawak . Dah pun asalnya disana mee kolok kan. Bagi kami yang julung kali sampai kesana of course lah nak rasa dan cuba mana yang sedap

Cara Mudah Semak/Check Baki Akaun ASNB

Hai,

Tengah tunggu Dividen ASNB ke tu? Tau tak nak semak baki ASNB kini dihujung jari !

Buat mereka yang sudah membuka akaun ASNB, kini tidak susah lagi jikalau tuan/puan nak semak baki semasa ASNB. Sudah boleh semak online melalui Portal MyASNB dan juga melalui Maybank2u.

Saya nak cerita pasal Maybank2u je ni. Tak perlu daftar, Maybank sudah autolink dengan pemilik akaun guna IC sama kan.. gituuu

Melalui Maybank2U apps/dekstop :

  • Log masuk ke Maybank2U anda melalui apps atau dekstop
  • Tekan menu diatas dan cari  perkataan Wealth
  • Akaun ASNB anda sudah dilink . Just tekan View untuk paparan baki semasa
  • Baki akaun dipaparkan serta merta
Perhatikan gambar dibawah, mudah je,

ASNB di pautan ini. Klik Wealth yaa . Tak perlu daftar, sudah autolink

Beli Bagasi Baru Lagi

Hai,

Kita baru je beli bagasi baru, memandangkan yang lama dah rosak, tayar sudah tercabut maka saya dengan ini sepantas kilat membuka apps Shopee pada asalnya nak cuci mata je. Eh, banyak pula bagasi yang sesuai untuk buat melancong

Saiz 20inci sesuai untuk handcarry

i-Saraan KWSP untuk Golongan Bekerja Sendiri

Pernah mencarum untuk diri sendiri walaupun anda bukan makan gaji tetap? Jika belum, mari baca skim baru KWSP untuk golongan tidak mempunyai pendapatan tetap. Saya ada baca di website KWSP bahawa kerajaan akan bagi 15% sebagai sumbangan bagi menggalakkan anda menyimpan dalam skim ini. 



Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023