Pengalaman Shopping Online di Nile.com.my

Hai,,

Sekarang ni musim orang ada duit sebab baru jer dapat gaji kan ? Ada tak antara anda semua membeli barang atau produk secara online. Orang kata kalau beli barang online ni kan tak de la nak bersesak-sesak jem jalan nak keluar kan. Kalau barang tu rare apa salah nya pilih-pilih dan beli tanpa banyak soal jika diluar sana sukar untuk mendapatkannya. Perangai saya macam tu laaa. tak kira baju ke, seluar ke, pinggang mangkuk ker, dll.. Online mudah, pastikan Trusted Seller tau anda berurusan!

Laman shopping beli belah online terkenal Nile.com.my juga menawarkan pelbagai kategori fesyen, buku, aksesori gadjet, barangan bayi, barangan keperluan dan seumpamanya. Jika dilihat kategori fesyen, harganya pula berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Dan lagi satu saya rasa fesyen yang dijual di Nile.com.my ni susah kot nak dapat di luar sana. Kalau ada harga mungkin boleh merobekkan poket anda. hihihi


p/s :Interface website Nile.com.my

Baju Suit Berpadanan Lengkap

Hai,

Kali ini saya bawakan topik fesyen. ermm, nak pergi kerja pun kena ada fesyen juga ke? Ehh, mestilah. Padanan suit ( sut ) lelaki kini menjadi pilihan jika ke tempat kerja. Lelaki yang terlibat dalam bidang korporat dan profesional juga memerlukan pakaian lengkap suit ( sut ) yang disertakan sekali dengan blezer dan seluar panjang.



Lawa tak ? ni set lengkap seluar dan jaket

Resepi Nasi Ayam Mudah

As salam,

Hari ni hari minggu rasa macam nak cuba resepi kesukaan keluarga. Siapa tak minat nasi ayam kan? Ni confirm kalau tanya kegemaraan tak kira budak ataupun orang dewasa. Dari makan kat luar rumah, sepinggan RM4 kalau 6 orang sudah RM24 tu tak masuk air minum lagi..

Solusinya, cari barang kat kedai dan buat dirumah sahaja. Saya ada mencari resepi yang berselera dan terjumpa blog Iresepi ni. Mari saya kongsikan.

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!

Nasi Ayam Sedap

Cara Check Akaun Tabung Haji Melalui Maybank2u

As salam,

Tabung haji baru sahaja mengumunkan dividen dan bonus untuk tahun 2014 baru-baru ini. Dan yang pasti, dividen dan bonus tersebut sudah dikreditkan ke akaun pelabur? Sudah semak akaun belum? Masa ni lah confirm ramai orang kat pejabat Tabung Haji, kaunter bank seperti Bank Islam dan juga Bank Rakyat. 

Ni pun dikira ok lagi sebab sekarang sudah boleh semak melalui kaunter bank. Yang pasti dulu kena pergi kaunter atau kioks Tabung Haji. Bagi saya, nak pergi satu hal dah la jauh pula tu. Insyaallah, kalau kaunter bank ada je yang dekat dengan rumah ..

Pemakanan Yang Dielakkan Semasa Hamil

Hai momies,

Bersua kita kembali.. dalam slot kali ini saya lebih teruja untuk menulis perkara berkaitan keibubapaan.. Bagi ibu yang mengandung anda perlu patuhi tips pemakanan yang wajar dielakkan dan juga mestilah makan makanan yang lebih berkhasiat. Rujuk doktor anda !

1. Daging yang belum masak sempurna

Anda pun tahukan, daging yang belum masak sempurna sebenarnya mengandungi bakteria yang tidak sepatutnya masuk ke dalam perut anda. Tambahan pula, cara penyediaan daging tersebut yang kotor boleh menambahkan lagi bakteria yang sedia ada, Kalau anda makan, sudah tentu jatuh sakit. Tips, elakkan mengambil daging mentah/separuh masak semasa hamil ya.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023