Rahsia Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Assalammualaikum  & Hi, 

Sedar tak sedar, tinggal beberapa  bulan sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan.

"Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini."

Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.

Kalau anda ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk anda mulakan langkah.

Maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti.

5 Kelebihan Bisnes Tudung Sendiri

Hai, mungkin ramai dalam kalangan pembaca rasa berminat untuk menjual tudung secara part time secara online ? 5 kelebihan jual tudung jenama sendiri secara online sahaja dan anda dapat menjana pendapatan 4-5 angka dengan mudah..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tinggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023