Review Cuba Cebion Vitamin C

Hi,

Brand apa yang selalu anda amalkan untuk vitamin c ? Pastikan jenama yang anda consume tu selamat dan bukan sebarangan dijual ye... Vitamin C ni hangat la juga di pasaran pasalnya ramai orang suka amik sebagai supplement untuk kesihatan. Dalam pasaran ada vitamin c berdos tinggi dan juga rendah antara 250mg, 500mg dan juga 1000mg. Bagi saya yang tidak melakukan aktiviti cergas, memadai lah ambil yg dos rendah 


Saya prefer vitamin c jenama CEBION boleh kunyah (chewable) sebab rasa nya ada manis masam skit berbanding jenis telan terus. Baru syok skit sambil buat kerja boleh kemam-kemam seperti gula-gula. CEBION juga ada vitamin c jenis rendam/larut dalam air. Pilihan ditangan anda dan cara guna masing-masing yang mana lebih mudah kan


Sekotak CEBION ni ada 30biji dan ia dipek terus dalam sachet seperti ubat macam gambar saya letak ni. Saiz sebiji vitamin c mcm duit 10sen begitu kira-kira nya dan rasa nya sungguh lazat. Pek macam ni senang nak bawa travel kemana-mana dan tidak mudah masuk angin!


Harga promosi masa saya beli tempoh hari. Murah & Jimat daripada hari biasa 

Boleh beli kat Watson atau Guardian, masa promosi boleh dapat murah skit dan berbaloi sangat untuk penggunaan sebulan, 1biji sehari. Kalau makan banyak tak disyorkan nanti anda cirit birit. Ada orang kata amal vitamin c kulit jadi sihat dan cerah, mungkin betul juga sebab saya pun masih mencuba. Kalau kulit ada luka-luka dan juga akibat jerawat pun boleh ambil Vitamin c, boleh cepat skit luka tu sembuh kann

Saiz sebiji vitamin C, CEBION 

Itu je la review saya, tidak dibayar pun, Saja share~~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023