Mee Goreng Basah Berkuah

Hi,

Bestnyaa mee goreng basah ada kuah sikit-sikit. Bagi saya, untuk mee goreng saya suka basah-basah manja gituh. Lepas masak terus makan ye. Jangan dibiarkan lama-lama nanti mee goreng uolls kembang dan kuah dah kering. Tak syok lahh nak makan

Mee Goreng Basah Berkuah

Untuk menjamu selera sesuai sangat anda goreng mee basah ni. Nak goreng mee ni sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan juga makan malam. Buka puasa pun boleh kalau nak ubah selera goreng mee basah ala-ala di restoran

Nak goreng mee basah berkuah ni bahan-bahan dia tidak rumit dan mudah didapati saja ya. Kekuatan utama mee goreng basah berkuah ni pada kicap dan juga sos tiram diikuti oleh lauk-lauk dan juga sayur yang kita gunakan

RESEPI MEE GORENG BASAH SEDAP DO’OH💕

Bahan-bahan:

1. Mee kuning (mee kuning DELIMAZ) 1 bungkus dibilas dan tos

2. Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos

3. Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos

4. Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos

5. Tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6

6. Cili kisar 4 sudu besar

7. Sos cili 5 sudu besar

8. Sos tiram 1 sudu besar

9. Sos ikan 1sudu besar

10. Kicap pekat 1 sudu besar

11. Kicap manis 5 sudu besar

12. Kicap mee 2 sudu besar (optional, boleh ganti kicap manis)

13. Air masak 1 cawan kecil

14. Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:

1. Cili api 10 biji

2. Bawang putih 3 ulas

Tumbuk sampai lumat

Cara-cara membuat Mee Goreng Basah Berkuah :

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak 2 sudu besar.

2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee.

4. Masukkan sotong, fish ball dan kemudian masukkan air masak 1cawan kecil.

5. Masak dan kacau bagi sebati.

6. Masukkan sayur dan kacau lagi.

7. Kemudian masukan mee kuning dan tomato.

8. Kacau bagi sebati. Siap.

* Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji. Sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup..




Mee kuning Delimaz..
📌Produk buatan muslim dijamin HALAL.
📌 Mi kuning Delimaz sesuai untuk semua jenis masakan
mi.Mi yang kenyal,tidak pahit dan sedap di masak apa jua
jenis menu.

Selamat mencuba...

*Sumber resepi itu sendiri daripada Facebook Delimaz

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023