5 Kelebihan Bisnes Tudung Sendiri

Hai, mungkin ramai dalam kalangan pembaca rasa berminat untuk menjual tudung secara part time secara online ? 5 kelebihan jual tudung jenama sendiri secara online sahaja dan anda dapat menjana pendapatan 4-5 angka dengan mudah..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tinggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Bisnes Jual Tudung Online Dari Rumah Sahaja

Anda seorang peniaga online tapi suka kepada tudung ? Lebih elok jika anda mempunyai supplier sendiri kerana anda akan mendapat bekalan tudung secara berterusan

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat.

Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!

Panduan Jual Tudung Sendiri Secara Online

Hai,
Anda minat nak buat bisnes tudung jenama sendiri tapi tak tahu cara nak mulakan bisnes tudung ? Anda fikir modal kena besar? Oh~ tidak sama skali..

Saya melihat sekarang ramai orang dah mula beralih untuk memilih bisnes online sebagai sumber pendapatan tambahan. Rugi jika tidak anda join skali.. Nak jual tudung pun boleh  !!

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu ..
  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Bisnes Tudung Berpotensi Untung Besar

Belajar Bisnes Tudung dari Pengalaman

Salam Sejahtera,

Anda dah ada bisnes?

Salah satu bisnes yang mempunyai potensi besar adalah Bisnes Tudung. Saya baru belajar cara memulakan bisnes ni.  Memang mudah selepas saya dapat tahu lubuk-lubuk tudung yang diberikan oleh pemilik tudung jenama sendiri. Sangat banyak tudung yang murah dan cantik-cantik belaka!

Tudung Aidijuma Mendapat Permintaan, Sebab Murah atau Sebab Pengasas Comeyy. hihi ?

PENGHIAS kulit muka depan minggu ini antara insan terpilih yang tetap kekal cantik walaupun bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. 

Siapa tidak kenal Datin Norjuma Habib Mohamad, 34, yang dulunya cukup dikenali di kaca televisyen kerana bakatnya dalam bidang pengacaraan.

p/s : Gambar dari Google, dah kena combine satu-satu ...

Jika dahulu Norjuma antara personaliti terkenal di televisyen kini kehidupannya lebih tertumpu kepada buah hati baharunya iaitu perniagaan tudung bawal di bawah jenama AidiJuma.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023