Review Aiken Skincare & Pencuci Muka Cosmoderm

Hai,

Siapa dah cuba Aiken punya produk ni? Ini produk rangkaian khas untuk penjagaan muka terutama jenis berminyak dan ada jerawat. Kalau anda dah cuba, boleh komen dibawah ya...

Rutin penjagaan harian mestilah meliputi:
  • Membersih muka 
  • Guna toner selepas membersih
  • Melembab
  • Merawat jerawat yang timbul


Rangkaian terbaru produk AIKEN . Saya cuma guna 3 bahagian sahaja daripada atas tu..
''This new year say hello to the new look of Aiken Tea Tree Oil skincare range with new improved formulation.'' - AIKEN Malaysia

Langkah pertama cuci muka, saya menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil memandangkan cleanser ni je yang sesuai untuk muka saya. Sudah lebih 4tahun guna. Tak nak tukar lain dah...


Tekstur yang lembut dan bau tea tree, hanya usap perlahan-lahan pada muka kemudian bilas bersih. Anda digalakkan membasuh muka 2x sehari. 

Langkah kedua saya cuba toner Aiken Tea Tree Oil ni. Bagus untuk melembabkan kulit dan melembabkan kulit muka. Bau dia tak kuat sangat dan harganya berpatutan. 


Guna kapas lepas tu usap seluruh wajah. Sebotol toner ni isipadu 100ml dan boleh guna selama 30hari. Lepas pakai terus rasa segar je muka ..

Langkah ketiga adalah melembab. Ini pun dari rangkaian AIKEN juga. AIKEN Moisturizer 75ml sangat banyak untuk penggunaan lebih sebulan. 


Hanya sapu nipis pada muka dan juga sekitar leher sahaja. Bau dia wangi dan tekstur lembut.


Langkah keempat, kalau ada jerawat timbul. Jangan picit sebalik nya titik sajaaaa dengan AIKEN Pimple Cream ni.


Berat bersih 20gm, dan mencukupi untuk penggunaan selama 30hari. Tapi jerawat bukan nya ada hari2 kann.. 

Saya baru mencuba nya hampir 2 bulan, tertarik dengan krim jerawat tu terus beli kawan2 dia yang lain. Harga memang mampu milik dan tak pernah mengecewakan. Lagi pun korang boleh beli produk ni di Watson, Guardian, AEON Wellness dan juga Caring Store. Bukan tu je, kalau nak dapat harga murah, rezeki korang pergi masa ada promosi. Harga biasa pun tak mahal mana pun

Selepas menggunakannya produk diatas, saya dapati kulit muka lebih bersih dan jerawat sudah berkurangan dan parut yang ada juga semakin pudar. Selain itu, penggunaan mestilah berterusan. Kita lihat hasilnya akan datang..

So, sudah ada idea nak cuba produk mana lepas ni? Bagi yang ada jerawat, rekemend set AIKEN.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my