5 Kelebihan Bisnes Tudung Sendiri

Hai, mungkin ramai dalam kalangan pembaca rasa berminat untuk menjual tudung secara part time secara online ? 5 kelebihan jual tudung jenama sendiri secara online sahaja dan anda dapat menjana pendapatan 4-5 angka dengan mudah..

1. Bisnes Evergreen

Ya! Tudung ni adalah produk evergreen, maksudnya, ada permintaan sepanjang masa. Tak kira waktu, setiap hari dan setiap bulan, memang ada sahaja orang yang membeli tudung.

Tudung ni tak macam bisnes kuih raya. Kuih raya ni permintaannya tinggi masa musim raya je, iaitu sekali setahun, lepas raya... permintaan kuih akan jadi suam-suam kuku sahaja.

Berbeza dengan tudung.. kalau tak musim raya pun, memang ada banyak permintaan. Tapi bila masuk musim nak raya, permintaannya akan melonjak antara 3 hingga 4 kali ganda dari bulan biasa. Jadi, tidak hairanlah akak-akak yang jual tudung ni boleh jana untung belas-belas hingga puluh-puluh ribu sebulan jual tudung sewaktu musim raya.


2. Modal Mula Rendah

Satu lagi kelebihan bisnes tudung ni, modal untuk nak mula bisnes ni juga sangat rendah! Nak start dia, tak perlu susah-susah nak beli peralatan apa-apa. Hanya perlu beli stok tudung sahaja! Sekitar 3-4 ratus ringggit.

Kisah Taukey Tudung Membina Jenama

Salam semua,

Tudung sinonim dengan jiwa perempuan apatah lagi sekarang sudah menjelma pelbagai rekaan dan gaya tudung di pasaran. Rata-rata berdasarkan pemerhatian saya melihat ramai wanita di luar sana membeli tudung lebih dari 2 helai tatkala menjelang hari raya. Hari tak beraya pun asyik beli tudung jugak sebab tengok itu lawa, tengok ini cantik. Mesti beli kan ??? hahaha.. Tambahan pula kalau-kalau ada sale gempak..

Ikuti kisah taukey tudung di Malaysia yang telah berjaya mencipta jenama tudung mereka sendiri ..

1. Fareeda..Nyata Jelita

Sumber : fareedascarf.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023