Rahsia Si Penulis, Buat Duit Menulis

Assalamualaikum,

Siapa disini minat menulis? Tak kira la tulis novel ke, tulis rencana ke, tulis apa-apa sahaja yang menarik? Artikel saya kali ini akan memberi berita gembira sekiranya setiap yang anda tulis sebenarnya boleh ditukarkan dengan imbuhan/ganjaran/royalti/pendapatan yang lumayan. Jika anda minat menulis jangan sia-siakan minat anda itu kerana menulis pun boleh buat duit tau.

Untuk pengetahuan anda, menulis bukan sahaja kita mencurahkan idea tetapi realiti sekarang kebanyakkan penulis-penulis menukarkan kreativiti mereka kepada bentuk ganjaran. Jika anda seorang kolumnis majalah atau akhbar sudah tentunya anda dibayar. hurmm, kan? Memang boleh buat duit menulis ni. Bukan calang-calang tau. Kalau anda perhatikan, kat kedai buku banyak kan novel? Penulis mereka akan menerima royalti selagi mana novel itu terjual. 

Saya ada satu kisah, minat tak filem Harry Potter tu. Kenal ke tak filem tu dan novel dia ditulis oleh orang biasa macam kita je J.K.Rowling kan ? Sebelum filem itu ditayangkan, J.K Rowling dah tulis kisah khayalan dalam novel pertamanya Harry Potter bertajuk Harry Potter and the Philosopher's StoneSebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. 


Joanne Kathleen Rowling, orang yang menjadi titik tolak kepada novel Harry Potter

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023