Resepi & Cara Buat Donut Gebu

Salam,

Korang cuba resepi donat ni pulak okey... Walaupun ia tidak sama dengan donut popular Big Apple is ok kalau korang buat cara homemade kan. Nanti boleh letak nama donut sendiri. hehe. Buat sendiri ala-ala resepi donut tradisional kan best kena uli.

Imgp2037

Hujung minggu tu buat apa ? Ada cuba resepi terbaru tak .. Ahaa. Meh kita buat resepi donut gebu ni. Boleh makan breakfast nanti. waaa, gebu la sangat.. Kalau makan donut mesti nak yang gebu baru sedap gigit kan. 3 biji pun boleh habiskan . Betul tak ?


Bahan-bahan untuk membuat donut gebu ( 18 biji - saiz besar )

  1. 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  2. 1/4 cawan air suam
  3. 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  4. 1/2 cawan gula halus
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 2 biji telur
  7. 1/3 cawan shortening/butter
  8. 5 cawan tepung gandum
  9. Minyak untuk menggoreng

7 Cara-cara mudah memulakan buat donut :

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yang ada breadmaker, boleh sediakan doh dalam bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Sedap dimakan, tapi jagan makan banyak2 nanti gebu macam donut ni! Resepi asal dari kelly @ www.allrecipes.com. dan juga myresepi.com

Alat Buat Donut Homemade ( Donut Maker )

Kekadang kalau buat donut berkilo-kilo nak bentukkan dia susah, Kalau ada alat kan senang. Picit2 je dah keluar sebiji donut yang awesome !!


Dalam 3 langkah mudah membuat donat lazat di rumah tanpa bersusah payah ke kedai.
  1. Tuangkan adunan ke dalam Acuan Donuts
  2. Tekan  doh ke dalam minyak menggoreng ( pastikan minyak panas & banyak , api kecil )
  3. Biarkan donat digoreng selama beberapa minit. wahh, donut kegemaran anda sudah tersedia untuk di makan !!

Ciri-ciri donut maker ini :

* Donut Maker boleh jadi peneman anda sebagai pembuat donat dirumah
* 3 langkah mudah untuk membuat donat lazat di rumah.
* Disertakan dengan rod logam untuk rintangan haba maksimum.
* Diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi

Donut maker ni tak de la besar sangat. Cukup ringin dalam 200gm mcm tu. Diperbuat daripada plastik dan boleh menghasilkan donut yang sekata bentuknya bergantung pada doh yang anda gunakan..

HARGA pasaran seunit Donut Maker RM39.90, dengan belian secara online siap pos RM30 sahaja untuk Semenanjung Malaysia.


Kami juga membuka peluang untuk belian borong. Minimum ialah 10 unit keatas. Harga yang kami tawarkan cukup murah dan siap sudah termasuk pos. 

Nak Beli Pada Harga Borong & Jual Harga Runcit ? :)

KAMI BUKA BELIAN BORONG. Min 10 unit keatas :) Harga memang la TERMURAH :*

Ini peluang untuk anda buat duit...

SMS/Whatapps kod " Donut Maker" ke  013 3049082.

|| ANDA MINAT MAKAN DONUT HOMEMADE ??||▶▶▶AMARAN !!! Kalau SIS pakai DONUT MAKER ni, saya JAMIN kerja membuat donut...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023