Review Produk NH Colla Plus Advance

Hai,

Sape dah minum NH COLLA PLUS ADVANCE ?.. Botol biru, jangan tertukar dengan botol hijau Minuman kecantikkan untuk lelaki dan juga wanita. Sekarang produk kesihatan dan kecantikkan memang banyak sekali sampaikan pengguna pun naik pening nak pilih yang mana satu..



NH COLLA PLUS ADVANCE.. formula kulit yang dipertingkatkan untuk perlindungan yang lebih kukuh daripada cahaya matahari (sinar UV), menghilangkan bintik-bintik hitam, mencerahkan parut dan meningkatkan keupayaan penahan air bawah lapisan kulit. 

NH COLLA PLUS ADVANCE..formula ini diperkaya dengan antioksidan unggul (Vitamin C, GSE 95% OPC), sel Phyto, kolagen marin dan bahan antioksidan lain untuk mengukuhkan tekstur kulit, melawan perubahan warna, mencerahkan warna kulit, mempercepatkan proses membaik pulih kulit dan menjana semula sihat sel-sel kulit dari dalam. 


NH COLLA PLUS ADVANCE ini siap sedia untuk diminum sebelum tidur yaa.. 


Saya mencuba kotak trial, dalam kotak ni ada 6 botol NH COLLA PLUS ADVANCE setiap satu 50ml. Kalau nak beli untuk sebulan kena ambil 3 box..


Kebetulan Watson ada buat promosi jualan. Sempat kita grab banyakk box untuk mencuba. Cukup sebulan.

Kaedah standard:
6 hari pertama : Satu botol setiap hari
Hari ke-7 dan seterusnya: Satu botol selang sehari
Selepas 3 bulan: Satu botol setiap tiga hari

Kaedah intensif :
Satu botol setiap hari sehingga berpuas hati terhadap keputusan.

* Minum semasa perut kosong pada waktu pagi atau sebelum tidur.

Sebulan anda perlukan 18 botol sahaja NH COLLA PLUS ADVANCE

Dibuat menggunakan teknologi semburan pengeringan terkini, ia membolehkan penembusan jauh ke dalam dermis dan meningkatkan kadar penyerapan badan sehingga 99%. Ia mempercepatkan pembaikan kulit dan proses regenerasi lebih cepat, terhidrat, tegas dan kulit lembut hanya dalam tempoh yang singkat. Keputusan adalah ketara pada muka dan seluruh badan.

NH COLLA PLUS ADVANCE menggunakan kolagen ikan laut marin 6000mg dan bukan dari sumber tercemar untuk meningkatkan lagi tahap resapan kedalam kulit. Kiranya 100% dari bahan semulajadi. Masa nak minum pun kalau korang goncang ada buih2 dan juga mendapan pada botol. Itu normal ~~~

Yang saya suka minum NH COLLA PLUS ADVANCE ni kerana ia ada perlindungan UV sebabtu saya berminat. Untuk putih & gebu tu tak berharap sangat okeyyy!! ..Huh.. korang patut cuba supplement ni dan kita sama lihat perubahan selepas 30 hari. Kalau nak beli terus ke Watson atau Guardian terdekat.

Untuk info lanjut pasal produk ni sila usha web official dia disini. Terima kasih.

30 comments:

  1. Apa perbezaan colla plus dengan colla plus advance

    ReplyDelete
  2. Salam.Ada x yang sekotak dh ada 30 botol?

    ReplyDelete
  3. boleh tak nak minum colla plus advance mlm dan colla plus 3 siang stiah hari..??\

    ReplyDelete
    Replies
    1. elakkan sbb nanti melebihi dos collagen yang disarankan. plus badan kita guna smpai 5ooomg je sehari. colla plus advance ni 6000mg. kalau top4 lg dgn colla plus 3 dah mcm membazir je. baik save duit utk stock colla plus advance next month. haha

      Delete
    2. nie buatan malaysia or korea😅

      Delete
  4. Boleh minum time period x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh since girls khilangan byk collagen during menstruation ☺️

      Delete
  5. Ada effek berat badan naik tak?

    ReplyDelete
  6. Apa beza nh colla advance ngn nh colla plus 3??? I mean which one is better in reducing scars n brighten skin? Harap admin reply

    ReplyDelete
  7. colla plus ini boleh di minum semasa period

    ReplyDelete
  8. Blh k minum colla sdvance nie setiap hari.. Sedap sgt..

    ReplyDelete
  9. Saya baru nak mencuba..harap2 produk ni berkesan utk kurang kn masalah jeragat yg sy alami sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. Agak² ada side effects apa² Tak.. Kita Baru jee grab colla-plus advanced ni sekotak.. Mintak nasihat Dlu sblum Cuba.. And bole minum caffeine Tak bila kita dah try collagen nie

    ReplyDelete
  11. Boleh tak minum sehari sebotol.
    Sedap sangat rasanya

    ReplyDelete
  12. Boleh tak minum sehari sebotol.
    Sedap sangat rasanya

    ReplyDelete
  13. Sorry nk tny.. Kalo pregnant buleh amik ke? Sy ade beli yg trial pack die cmpur 2 jenis.. Purple ngn biru...kira amik same jgk ke setup ari utk 6 ari.. Then selang 1 botol 1 hari? Tq admin

    ReplyDelete
  14. Setiap hari boleh minum ke nh colla plus advance ni?? Kalau dah limpas 3 bulan.. Mohon pencerahan yang ariff dlm ni..... Tkut terelbih dos nanti...

    ReplyDelete
  15. Saya rasa lebih baik ikut cara minum yg diberikan sb lebih jimat..hehehe..jgn risau..msti menjadi punya sb saya penah minum yg color hijau..sempat minum 2 tong kulit jd smooth sgt2 n gebu n xkering.tp bab putih tu xnampak sgt sb sy mmg dh bkulit cerah..sy try pon sb ada kwn keja kt farmasi n dia bgtau aunty2 cina yg lawa2 n kulit tegang tu semua angkut colla plus ni bertong2..tu baru color hijau..kalo yg advance ni xtau la effect dia cmne pulak..hehehe..owh, btw sy stop sbb pregnant..mmg xbole bau n minum..loya tekak..

    ReplyDelete
  16. sy dah minum botol ke 18, mmg npk kesan..masalah kuku merekah rambut gugur makin berkurangan.kulit pon makin cerah

    ReplyDelete
  17. Boleh x minum setiap hari utk sebulan yg pertama?

    ReplyDelete
  18. Asslm nk tye..kalau sblm ni ad minum colla plus 3 lpastu tibe2 nk try colla advance boleh kne mkn mcm mne ye..kne mkn 6hri stiap ari ke atau trus minum selang shri..

    ReplyDelete
  19. Saya sudah coba minum untuk yg ke 2 bulan,,jerawat tiba2 bertambah bnyak,,

    ReplyDelete
  20. Ada sesiapa boleh review tak cola plus advance berkesan ke utk merawat jergat?..

    ReplyDelete
  21. hi .. klau ambil colla plus ni boleh ambil supplement lain tak mcm vit c

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023