Rahsia Perniagaan Air Balang

Hai,

Pernah tengok air balang dijual kat pasar malam? Ahh, bukan pasar malam je rata-rata ramai orang jual air balang ni. Terliur kat satu perisa air balang JAMBU ASAM BOI. Kalau jumpa kat tepi jalan boleh beli pasni.

Kos untuk buat air balang tidak semahal anda membeli sebuah kereta. Kos bahan perisa, balang air, cup plastik, straw dan plastik serta ais !! Semua ni sangat mudah kita nak dapat.. Ada kat pasaraya berdekatan jerkk.


Satu balang RM150.. Sekali kenduri kahwin, Tuan rumah order sampai 10 balang. Senang-senang dapat RM1500 dalam masa sehari.. Tolak kos ais serta bahan-bahan, lebih kurang RM500.. Untung bersih.. Dalam RM1000.. Sehari je tu..

Dulu air balang perisa biasa jer, sekarang siap ada penjual buat jus lagi, jus asam boi, air kelapa, malahan tidak ketinggalan air cendol pun turut dijual dalam balang. Satu cup RM2. Untung la kan ? Itu baru beberapa perisa, kalau dah banyak perisa yang ada sudah tentu air balang yang anda jual tak cukup tangan nak bungkus  !!

Lebih kurang sama dengan gaji kerani/ operator kilang yang kerja selama sebulan.. Hakikatnya berniaga air balang jer. Aishh boleh buat duit meniaga air balang ni kan ?

Bila buat bisnes air balang ni.. Kalau dapat order untuk kenduri orang kahwin ke? Hari sukan sekolah ke? Open house ke?... itu memang kira bonusla.. Tapi kalau tak dapat pun.. Jual air hari-hari kat tepi jalan pun boleh dapat untung dalam RM2-3k sebulan.. Bila masuk bulan puasa.. Insyallah untung boleh cecah sampai RM 5-10k sebulan.


Musim panas ni apatah lagi,, orang balik sekolah, balik kerja semua tengok dahaga. Tetiba anda sorang jer buka gerai bisnes air balang kat kawasan tu mestilah  mereka beli. Dengan perisa yang sedap serta sejukk ahh tak dapat menahan nikmat apabila minum..

Kalau nak belajar selok-belok bisnes air balang ni.. Boleh tengok kat web pengusaha air balang yang berpengalaman disini. Masuk website ni..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023