Pernah Borong Barang Di China?

Hai, mungkin ada antara anda yang sudah ada cukup modal untuk memulakan bisnes borong dari China. Kawan saya ada cakap kalau nak beli barang murah beli kat China.. Tapi takkan la saya nak kesana sorang diri pastu sesat .. Zaman skrg sudah maju, Mari baca lagi ...

Mungkin ini soalah pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?

Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.

Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?
         P/S : Laman web TaoBao.com. dalam bahasa China. 

Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...

Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang besar dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah... ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit.

Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Ketahui bagaimana bermula untuk memborong dari China terus kerumah anda. Mudah saja, anda masuk sini .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023