Review: AIKEN Sunscreen Berwajah Baru

Hai,

Hujung minggu jejalan kat Watson sesaje cuci mata, tapi kalau produk AIKEN ada promo memang saya akan beli untuk stok bulan berikut nya. Ye lah, muka kita jenis berjerawat dan berminyak memang memerlukan penjagaan rapi. 

Setelah serasi dengan jenama AIKEN ni saya terus konsisten menggunakan nya bermula dari toner, pelembab, dan krim jerawat serta micellar water tak lupaa juga AIKEN Sunscreen lotian yang berwajah baru nie .. 

Nama produk : Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
Berat              : 150gm
Packaging      : Hijau putih jenama baru
Kegunaan      : Sunscreen lotion
Harga normal : RM20.90 [Guardian], [Watson]

Semua mesti tahu kan, AIKEN ni produk yang berkait rapat dengan jerawat, muka berminyak dan seangkatan dengan nya. Bagi yang tak serasi tu nak buat macam mana kan, kena lah tukar produk lain juga.. hehe


Sekarang ni AIKEN dah ada Sunscreen baru juga dikenali sebagai Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion. Nanti boleh tengok gambar diatas .. 

Katanya lah, saya baca, produk ni ada minyak tea tree berupaya untuk membantu melindungi kulit daripada jerawat secara semulajadi. Diadun skali minyak ni dalam sunscreen AIKEN, kalau uols pakai mesti ada lah bau minyak ni tapi lama-lama pakai tak berbau dah

Kita kan di Malaysia, cuaca panas ye takk?? Ofcoz la kena pakai krim pelindung matahari. Aiken Sunscreen  melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya, selaran matahari dan kemerahan kulit. Saya pun baru je nak cuba, rasa macam tak yakin kalau nak keluar dibawah mentari. So, kita cuba lah apply kat kulit

Boleh pakai di muka dan juga di badan

Selepas membersih wajah, jangan lupa pakai toner diikuti moisturizer dan last skali sapu dan calit di muka Aiken Sunscreen Lotion ni untuk bagi protection. Lagipun produk ni ada SPF25 tau. Produk ni tidak meresap sepenuhnya, kalau uols sentuh muka selepas penggunaan akan rasa berminyak. Lama-lama pakai tak rasa apa dah.. Sesuailah fungsi dia untuk melindungi kulit drp matahari dan segahan air

Ketika berpeluh, memang saya ada pakai juga produk ni tapi ia takde lah bercampur dgn air peluh yang menitik tu. Biarkan dimuka sahaja.. Steady je sunscreen lotion ni je uolls.. Lagipun ia tidak menyerap air!! Kalau sifat dia serap air nnti habis lah lecun muka bercampuk kan! 

Steps penjagaan wajah seharian tu jangan lupa Aiken Sunscreen Lotion ni. Jangan skip tau sunscreen ni walaupun anda nak duduk dalam rumah skali pun hehehe . Lama-lama pakai nanti kulit jadi lembut dan moist gitcheww ..

Tekstur putih likat camni.. 

Harga normal RM20.90 manakala promosi kekadang tu boleh dapat bawah harga biasa. Kira nya macam menjimat kan lah juga sebab satu tiub ni boleh pakai lama. Saya beli di Watson RM17.75 sahaja semasa promosi.. 

Ini adalah ingredients dalam produk ni.. yang mana saya check di cosdna..

Ini sekadar review saya dan mungkin results adalah berbeza mengikut kulit individu itu sendiri. Dan post ini tidak ditaja mahupun dibayar oleh mana-mana pihak

Sekian

Produk Baru :

AIKEN Prebiotic

 Baca disini, KLIK SINI

14 comments:

  1. Replies
    1. Ya, perlu pakai micellar water bagi produk yg ada SPF

      Delete
  2. Untuk kulit sensitif sesuai ke tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kulit berminyak dan berjerawat lagi sesuai

      Delete
  3. Haii..sekarang no..sy pun baru mencuba Aiken..punya teruk muka sy..sebelum ni.berminyak,kulit keeping & bejerawat..Bru 2 bln dh sy guna produk Aiken..nak Tanya..sbb sy keliru antara oily yg botol kecil dgn pimple cream..apa perbezan & adakah Kita perlu guna sma2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy guna pimple cream masa jerawat naik sahaja. minya tea tree belum pernah cuba lagi

      Delete
  4. Boleh cerahkan parut jerawat tak ?

    ReplyDelete
  5. Boleh cerahkan parut jerawat tak?

    ReplyDelete
  6. Kalau untuk kulit yang tkde jerawat boleh pakai tak ?

    ReplyDelete
  7. Sy mmg pengguna aiken setia...tapy tang sunscreen asyik kene beli brand lain๐Ÿ˜ญ skang aiken pon dh ade sunscreen ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜ lengkap dh my collection ❤️ recommend sgt utk teenagers yg nk jaga kulit tapi tkdok duit byk cam titew ni๐Ÿ˜… pakai semua produk Aiken...ada yg utk oily n utk kulit kering๐Ÿ‘๐Ÿป sy pakai start F1 smpai f5 ni ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  8. Akk , klau kita pakai aiken vita-c brightening , boleh ke pakai sunscreen ni. x rosk ke kulit nnt?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023