i-Saraan KWSP untuk Golongan Bekerja Sendiri

Pernah mencarum untuk diri sendiri walaupun anda bukan makan gaji tetap? Jika belum, mari baca skim baru KWSP untuk golongan tidak mempunyai pendapatan tetap. Saya ada baca di website KWSP bahawa kerajaan akan bagi 15% sebagai sumbangan bagi menggalakkan anda menyimpan dalam skim ini. 




i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M) adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

Ia adalah bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan. 

Rasional i-Saraan (dahulunya dikenali sebagai SP1M):

  • Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  • Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  • Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  • Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).   

GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI DAN TIADA PENDAPATAN TETAP
  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Baby-sitter
  • Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

a) Warganegara Malaysia
b) ‘'Orang Yang Bekerja Sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
c) Merupakan ahli KWSP; DAN
d) Telah membuat pilihan i-Saraan menggunakan Borang KWSP 16G(1M).

Untuk maklumat lanjut boleh lihat sendiri di Website KWSP, KLIK SINI




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023