Beli Bagasi Baru Lagi

Hai,

Kita baru je beli bagasi baru, memandangkan yang lama dah rosak, tayar sudah tercabut maka saya dengan ini sepantas kilat membuka apps Shopee pada asalnya nak cuci mata je. Eh, banyak pula bagasi yang sesuai untuk buat melancong

Saiz 20inci sesuai untuk handcarry

Saya lebih suka yang jenis material kain nylon tu berbanding plastik ABS kerana ia lembut dan lambat pecah dan lebih ringan daripada plastik ABS. Incase terjatuh ke apa takde lah sedih sangat kan.. Pemilihan material penting supaya beg kita beli boleh bertahan lama dan berbaloi nak guna

Dari segi roda, saya lebih suka kan yang beroda empat , Kalau dulu punya roda dua statik pulak tu. Takleh pusing-pusing 360 darjah. Tayar empat ni lebih stabil kot nak tampung beban dalam bagasi yang berat tu kan. Jadi, tayar yang bagus adalah jenis lambat rosak dan boleh menampung berat barang anda!

Untuk warna, seeloknya beli yang tidak mudah kotor dan boleh ambil yang warna hitam. Kalau warna terang dan ceria saya risau kotor je. Kena habuk2 dan mudah tercalar masa check in manatau kannn. So, pilih warna gelap berbanding warna cerah!

Bagasi sekarang ada yang mahal, ada yang murah dengan pelbagai jenama. Biasanya kalau harga beratus ringgit tu untung sebab ada cover warranty, jika rosak boleh hantar untuk baiki. Sesuai lah kalau anda jenis travel setahun banyak kali.


Terima kasih Shopee sebab bagi harga promosi. Untung sesangat! Di luar pun tidak semurah ini untuk sebuah bagasi kecil yang baru!

Updated: Beli lagi di Shopee saiz 24inci, agak besar . Yang ni sesuai untuk check in luggage

Sebelum terlupa, bagi yang minat nak memulakan perniagaan kecil-kecilan di Shopee, boleh baca sini , Klik Sini

Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah dikongsikan yang mana, ia nya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023