Brand CP Makanan Instant Ketika Travel Kesukaan Saya

Hai,

Ada dalam kalangan uols kan kalau travel ke luar negara agak susah nak mencari makanan halal? Betul tak.. Kalau ada pun tak banyak dan harga pula agak mahal. Sekali skala boleh nak cuba tapi kalau hari-hari tambahan pula keluarga ramai agak besar belanja nya

Saya pun seperti anda, selalu cari makanan travel pack yang sedap dan segar, Maklumlah, makanan travel pack ni selalu nya tahan lama dan dikhuatiri tak sedap tekak nak telan. Tapi, jangan risau wehh dengan brand CP ni anda boleh makan fresh seperti masakan didapur

Lintas langsung dari peti ais 7E haha

Saya beli pun kes dia buat promosi BUY 1 FREE 1 di 7 Eleven tempoh hari dan brand CP ni sesuai dengan selera saya. Masa beli hari tu tak bnyak pilihan ada cuma Spagetti Ayam dan juga Nasi Goreng Telur. Yang saya suka sangat sebab portion makanan dia bnyak juga la, sesuai untuk alas perut dan juga nak hilang kan lapar

Kalau uols nak travel ke Eropah ke, ASEAN ke atau mana-mana negara susah dapat makanan halal. Jangan lupa usha brand CP nie ya. Boleh pergi 7E yang terdekat untuk mencari makanan travel pack jenama CP hehe. Sedap, selamat dan mudah dibawa!

Makanan instant kalau bawa travel mesti mee segera kan? itu pun boleh je buat spare kalau CP dah habis. 

Kalau pergi travel memang lepas ni nak beli brand CP lah. Keluaran terbaru dalam plastik macam ni. Sebelum ni ada juga mereka jual dalam box. Senang dibawa dan senang dipanaskan tau. Rasa pun sedap boleh terima gituu :)

ini rupa nasi goreng CP.. telur tu amik hotel punya, dan keropok tu kita bawa bekal sendiri. semua segera lah hahaha

Harga RM7.99 satu pek. Nasi goreng ni seingat saya 180gm manakala Spagetti Ayam ni pula 170gm. Cara nak masak pun senang. Boleh panas kan semula dalam oven, incase hotel takde oven boleh je nak rendam dalam air panas beberapa minit sebelum dihidangkan

Lagi satu, makanan ni uolls kena simpan dalam peti ais, Menjamin kesegaran dan tidak mudah diserang perosak. Beli mahal-mahal takkan nak membazir, dibawa pula terbang ke negara yang jauh seantara dunia mestilah kena habiskan ye dakk.. hehe :)

nahh, ni rupa spagetti ayam selepas kami panaskan guna microvave. Cendawan tu nk bagi selera je dan keropok mesti ada haha. Rasa spagetti ni sedap, tak rasa segera sangat kerana masih mengekalkan citarasa asal spagetti ..

Bukan setakat travel, kalau anda beli untuk bekalan dirumah pun boleh. Tak selalu rajin nak masak menu berat boleh reheat CP ni kan hehe. Jimat masa uols

Kawan-kawan saya suka meals CP ni dan saya pun akan repeat beli lagi masa akan datang. Ini adalah pengalaman saya sendiri mencuba CP dan artikel ini bukan dibayar pun. Sekadar berkongsi tau!

Sekian...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023