AIKEN Prebiotic Hydra Plus : ESSENCE WATER

 Hi,

AIKEN dah keluar kan produk baru. Ini untuk hydration series. Memang elok la untuk bagi hidrasi pada kulit dan juga menampakkan kulit muka lebih lembab. Penting tau, kalau kulit tak moist lama kelamaan kulit cepat rosak dan mudah terkena jeragat

Aiken prebiotic hydra masih ramai lagi kot yang belum tahu. Saya pergi Guardian je nampak produk ni sebaris dengan Aiken tea tree series. Tujuan ke Guardian nak beli yang tea tree range tu untuk top-up pelembab dah nak habis. Kebetulan ada jualan 11.11

100ml kira banyak juga la, boleh bertahan sebulan lebih pun kira ekonomik sangat produk ni

Saya tertarik dengan range hydra plus terutama essence water kerana kandungan bahan-bahan nya agak mewah dan harga pula mampu milik sangat. Tak sampai pun RM20. Lagipun essence water ni kandungan teratas nya adalah Niacinamide. Haa, ok sangat tu kan

Saya apply di muka 2 kali sehari. Sesudah cuci muka. Essence ini pekat dan likat. Tadah tapak tangan dan tuangkan beberapa titis lalu usapkan lembut ke seluruh wajah. Apa yang saya lovee teruk dengan produk ni kerana parut jerawat dan tekstur kulit kian kelihatan ada perubahan. Tak sampai 2 minggu pakai

Ini pengalaman saya ya, masa mula - mula pakai ada jerawat kecik tumbuh. Saya fikir tidak serasi tapi saya cuba bertahan hari demi hari jerawat tak naik banyak dah. Lepas apply essence ni kulit rasa lembut-lembut je. Sesuai juga produk ni untuk baiki kulit luka rosak akibat ditembusi jerawat biasanya akan ada parut-parut merah yang semua orang bencii haha

Kekal kulit hidrasi dan lembab selama 72jam. Menarik ni..

Bahan-bahan dalam sebotol seperti dibawah,

Water, Niacinamide, Betaine, Glycerin, Methylpropanediol, Xylitylglucoside, Anhydroxylitol, Isononyl Isononanoate, Xylitol, Dimethicone, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Sclerotium Gum, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Octadecyl Di-t-butyl-4-hydroxyhydrocinnamate, Sodium Hyaluronate, Disodium EDTA, Lecithin, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Butylene Glycol, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Polymnia Sonchifolia Root Juice, Aspergillus Ferment, Maltodextrin, 1,2-Hexanediol, Ceramide 3, Xantham Gum, Lactobacillus, Caprylyl Glycol, Glucose, Chondrus Crispus Extract, Hyaluronic Acid, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Potassium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Phenoxyethanol.

Oh, seperti biasa.. Selepas cuci muka, pakai toner.. Kemudian apply AIKEN Prebiotic Hydra Plus Essence Water diikuti dengan pelembab. Pelembab je saya pakai tea tree AIKEN yang packaging warna hijau tu. Last, biarkan dia kering dan meresap

Formulasi:

● Water-based

● Cepat meresap

● pH-balance

● Ditambah dengan 8 jenis Hyaluronic Acid

Yang nak tahu tekstur, mcm ni je rupanya. tapi concentrated (pekat) ..

Kira ok la bagi kulit saya untuk percubaan AIKEN Prebiotic Hydra Plus Essence Water. Once dah habis, ofcoz saya beli lagi..

Produk dibawah label AIKEN Prebiotic Hydra Plus ada 5 barang ye, pencuci muka, micellar water, water essence, pelembab dan face mist. Uolls cuba la satu-satu mana ok nanti share ye di komen

Sekian review saya!

Psst, saya dah cuba Wardah Acne Treatment Gel  >>  KLIK SINI

24 comments:

  1. hai,saya habis baca👍🏼✨

    ReplyDelete
  2. Sesuai tk dgn yg berumur 40 keatas? Klu guna ni sekali dgn serum ordinary ok tk?

    ReplyDelete
  3. Saya kulit sensitif...disebabkan kandungan tinggi niacinamide yg ada dkt no 2 teratas...sye kurangkn kuantiti first2 sye pakai....lme2 pkai mcm biase...kulit sensitif akn naik sikit ruam2 kalau first try

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruam2 tu berwarne merah ke? sy xsure if kulit jdi patch merah sbbkn pakai adapalene atau ni sbb skrg tgh pkai adapalene, which normally buat kulit jdi sensitive. so bile pkai aiken essence, kulit rasa stinging

      Delete
  4. Sy baru je try aiken biru...now sy try pkai pencuci muka, essen water dan pelembap...utk toner sy pkai toker aiken hijau...skrg cabaran sy xnak pkai foundation selamat sbulan...n now harini dh 3ari sy xmake up just pkai produk aiken je..harap2 serasi la dgn kulit sy😍

    ReplyDelete
  5. bolehka kalau kita guna essence water ni sbgai micellar water utk clearkan sunblock yg kalis air? pls jwb '(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fungsi essence dan micellar water tak sama. Essence ni kita pakai once muka dah bersih, dah dicuci.micellar water pula tugas dia untuk membersih termasuklah nak buang sunblock tu. Harap membantu.

      Delete
  6. Bestttt... Kulit muka moist ja even tido dalam aircond. Tp dah susah nak cari sbb produk ni cpt hbs...

    ReplyDelete
  7. Saya dah try ! hahaha saya beli semua aiken prebiotic kecuali yang face mist tu sebab payah nau nak cari.. tambah dengan the ordinary niacinamide & alpha arbutin.. Alhamdulillah best jeee pakai & part pakai semua product aiken prebiotic ni

    ReplyDelete
  8. nak tanya kalau muka ada jerawat boleh pakai tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pakai jerawat makin kurang. mmg best ! especially face mist if pakai rasa fresh je muka.

      Delete
  9. kalau muka berminyak sesuai tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai. oils pada muka sy controlled je pakai ni

      Delete
  10. Hi. Lepas guna akan ada jerawat kecik tumbuh ke?

    ReplyDelete
  11. Nak tnya kalau toner ada niacinamide boleh ke pakai essence water

    ReplyDelete
  12. nak tanya.. boleh ke x pakai toner ? just pakai essence je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai ke untuk sensitive skin..sbb dh trauma nk pakai any skin care :)

      Delete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023