Review Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence

 Hi,

Safi Malaysia dah keluarkan range baru tapi takde la baru sangat kalau nak dibanding kan dengan rangkaian lama-lama dulu kan tak banyak pilihan produk untuk kita cuba. Mungkin dah diinovasi oleh team Safi maka terhasil lah kan series Safi yang lain. Bagi saya, sangat teruja lah dapat cuba produk tempatan dan dibuat di Malaysia tau..

Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence

Untuk series Safi Hydra Glow bukan essence je ada.. tak silap saya haritu pergi Guardian ada beberapa items utama iaitu pencuci muka, pelembab, essence dan juga serum. Kalau anda nak test, jgn beli semua dulu. Beli satu per satu untuk tengok keserasian dengan kulit muka

Anda dah cuba Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence ? Produk ni best untuk kulit muka saya. Asalan nya tengok tester botol kecil tu terus decide nak guna untuk beberapa botol. Tekstur nya yang ringan membuatkan muka saya lebih lembab dan lembut disamping memelihara keseimbangan hydration kulit


Satu botol ni boleh jer bertahan 3-4minggu 

Essence berasaskan air berupaya menghidratkan kulit selama 48 jam katanyaa. Dirumus dengan 8 jenis Asid Hyaluronik untuk menghidrat secara intensif sehingga 20 lapisan kulit yaa tuan puan dan memberi kelegaan kawasan kulit yang paling kering dengan rangsangan penghidratan 8X ganda tau

Kalau nak tahu, essence ni bukan kaleng-kaleng juga ya berdasarkan apa yang saya baca menggunakan Teknologi Hydra Active³ iaitu gabungan 3X bahan penghidratan yang bagus kiranya seperti ekstrak beras yang difermentasi (diperam), Vitamin B5 dan Asid Hyaluronik untuk melegakan kulit kering dengan meningkatkan penghidratan kulit secara alami. Lepas pakai boleh tengok serta merta kesan keatas kulit seakan-akan bersinar gittuh

dah habis pun 2 botol guna. nie botol 35ml ye

Kes nak terbeli Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence sebab dalam essence ni ada bahan-bahan melembab yang bagus untuk kulit ye. Kiranya, saya pun suka dengan produk dan selalu beli kalau habis. Selalu repeat sampai kat rak tu kena berebut-rebut nak cakap betapa larisnyaaaa

Harga nya tak mahal pun, 35ml masa promo dapat 9 hengget lebih, 100ml tu 20 lebih jer. Tunggu Guardian buat sale dapat murah lagi. Masa tu boleh borong banyak-banyak simpan ye heheh

Harga berpatutan dan ianya berbaloi lah juga. Lagipun jenama Safi ni dah lama sangat, zaman mak-mak kita pun dah ada haha dan harus untuk dicuba. Sebabtu saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua yang sedang baca ni tentang produk nehh. Terbaik!


Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence  ini didatangkan dengan 2 jenis isian, ada yg 35ml sesuai untuk beginner dan ada yang 100ml. Hanya titiskan ditapak tangan dan sapu dimuka sehingga meresap. Boleh pakai 2x sehari selepas mencuci muka diikuti dengan pelembab dan juga sunscreen ya jangan lupa

Untuk siri ini, saya cuma try Safi Hydra Glow Hydrating Water Essence  je. Yang lain-lain belum cuba. Nampak ada keserasian juga lah. Oh, parut-parut jerawat pun makin lama makin pudar dan saya terus guna sajaaa. Bagi mereka yang berkulit kering boleh juga cuba. Kalau ada jerawat, jgn pakai lagi.. Pakai selepas muka anda dah ok, jerawat dah takde ye... Kalau ada jerawat, pakai dulu set jerawat untuk mematikan jerawat-jerawat tuh.

Sekian review saya. Anda dah cuba sila komen dibawah!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023