Petua Atasi Blackhead

Salam readers,

Hari ni  saya mahu bercerita mengenai tips mengatasi blackhead dan juga whitehead. Memang perkara ini sangat dititikberatkan oleh wanita diluar sana kerana masalah ini akan mengganggu aktiviti harian anda. Blackhead ni memang suka tumbuh kat muka terutama di kawasan hidung. Malu kalau orang tengok kan ?

Untuk pengetahuan anda, blackhead ni berbeza dengan whitehead. Blackhead adalah seperti yang anda nampak kat hidung, memang mudah nampak yang warna hitam tu. Manakala whitehead seumpama nanah yang belum terjadinya jerawat. 

Memang korang akan sental muka korang dengan skrub muka kan untuk buang benda alah ni. Tapi skrub yang kerap boleh merosakkan kulit muka kerana beads ( manik ) halus itu berupaya membuatkan muka anda jadi kasar. Seeloknya, skrub sekali atau dua kali seminggu.

Penjagaan muka bagi mereka yang ada blackhead dan whitehead tidaklah sesukar mana jika anda pandai memilih produk yang sesuai dengan kulit anda. Anda harus ingat untuk mencuci muka agar kekotoran dan minyak lebihan yang tersumbat dapat dikeluarkan. 

Ini mungkin memerlukan penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika anda ingin memicit keluar blackhead, gunalah cara yang betul agar kulit tidak luka dan seterusnya terjadi serangan bakteria. Sedikit tips dari saya, boleh buat facial untuk tujuan ini. Atau gunakan skincare seperti 'srcub'.. 


cc pict : internetprovisionstore

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023