Pemakanan Yang Dielakkan Semasa Hamil

Hai momies,

Bersua kita kembali.. dalam slot kali ini saya lebih teruja untuk menulis perkara berkaitan keibubapaan.. Bagi ibu yang mengandung anda perlu patuhi tips pemakanan yang wajar dielakkan dan juga mestilah makan makanan yang lebih berkhasiat. Rujuk doktor anda !

1. Daging yang belum masak sempurna

Anda pun tahukan, daging yang belum masak sempurna sebenarnya mengandungi bakteria yang tidak sepatutnya masuk ke dalam perut anda. Tambahan pula, cara penyediaan daging tersebut yang kotor boleh menambahkan lagi bakteria yang sedia ada, Kalau anda makan, sudah tentu jatuh sakit. Tips, elakkan mengambil daging mentah/separuh masak semasa hamil ya.

2. Sushi

Ya.. sushi pun kena elak juga makan semasa hamil. Sushi ni kan diaorang guna bahan mentah macam ikan salmon tu kan. Kita tak tau sumber ikan tu dari mana, memang la laut. Tapi sekarang ni laut banyak tercemar. Logam berat seperti merkuri melekat dalam daging ikan. U olss sanggup makan ke?..Sila berpantang kalau nak makan sushi tau ! Alternatif, boleh makan daging bermasak macam kebab ke. Yang penting buat kat rumah okeyy..

3. Susu tercemar

Susu yang diperah terus dari haiwan ternakan tanpa melalui proses pasturization tidak digalakkan diambil oleh ibu mengandung. Ini boleh memudaratkan kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung itu. Minumlah susu tepung yang dijual dipasaraya. Saya rasa, sekarang sudah ada susu yang dikhaskan untuk ibu mengandung kan?..

4. Sayuran serta buahan yang tidak dicuci

Ermm, sayuran dan buah-buahan kena ambil kan? Apakah daya..sekarang banyak buah-buahan dan sayur-sayuran tercemar oleh racun perosak. Jika nak beli sayur pastikan ada kesan gigitan ulat daun. Bak kata orang tua, tu sayur yang kurang ada racun berbanding yang sayurnya cantik molek tanpa sebarang gigitan serangga perosak. Kalau beli buah, pastikan basuh biar cuci sebelum makan. .

Itu antara cara pemakanan yang saya tahu tak digalakkan sangat kalau ibu mengandung makan. Kalau boleh nak makan apa-apa pun pastikan tengok dulu apa yang patut. Jangan main redah kan..

Okey..bagi ibu mengandung yang nak tahu apa lagi makanan yang boleh anda makan semasa mengandung masuk web ini. Klik Sini .. Pelbagai tips menarik untuk anda tahu makanan yang sepatutnya anda makan semasa hamil. Ikuti nya...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023