Tips Kaji Pasaran & Bisnes Borong China

Salam semua,

Sebelum membeli apa2 barang kan kita kena kaji dahulu pasaran kita. Kalau pasaran kita tu suka makan sudah tentu kalau buka kedai makan mesti ramai datang makan. Kalau uolss jual baju kanak2 pergi jual kat budak sekolah mana lah depa beli sebab mereka pun tak ada anak lagi kan.. hihihi ..

Mengkaji permintaan pasaran penting sekali dalam proses jual beli. Kan salah borong barang jualan tetiba tak de jualan rugi la kita kan. Kita kena fikir produk/barangan apa yang prospek berminat nak cuba, nak beli dan nak guna. Kalau tak ada strategi dalam menentukan pasaran sudah tentu kos modal kita banyak leburr.

Barangan yang biasa kita jumpa adalah yang dah siap dan separuh siap atau yang add-ons keatas produk sedia ada. Kebanyakkan penjual di Malaysia terutama peniaga online atau dropshipper suka memilih barangan siap untuk dijual kerana anda just terima duit dari customer dan poskan. 

Contoh barangan siap seperti cermin mata, pemanggang ajaib, kain tudung, baju kanak2 dan banyak lagi .. Barangan seperti ini kita beli dah siap packing kan.. Buatlah sedikit kajian di Internet atau tanya pada rakan2 anda produk yg mereka sendiri suka..

Bisnes Borong Dari China

Ya. model bisnes borong dari China ni kebanyakkan barangan sudah siap. Anda boleh dapatkan dengan harga murah pulak tu. Kalau modal RM5 jual RM30 dah RM25 untung anda. Banyak kan. masyukk!!


Dengan membeli borong dari China secara online :
  • Jimat masa nak pergi China
  • Jimat tenaga
  • Tunggu barang sampai depan pintu
  • Modal rendah untung tinggi
  • Risiko ditipu rendah ( RahsiaTaobao ada ajarkan tips elak kena tipu )
Kalau betul2 nak memborong dari China usah risau walaupun ada tak faham bahasa Cina, tak pandai buat tukaran matawang, tak pandai beli tiket flight. Sekarang mudah je, anda baca sini panduan memborong barang murah dari China ..


Sekian, Selamat memborong ..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023