Cara Buat Aiskrim & Bisnes Aiskrim

Hi semua,

Sekarang ni cuaca sangat panas kan? Saat cuaca panas begini kalau nya ada aiskrim pasti suka kan. Anda nak belajar buat aiskrim cara sendiri? Belajar dari rumah dan mulakan langkah pertama membuat aiskrim untuk dinikmati oleh keluarga anda. Rasa haus pula !

Dah lihat aiskrim pun rasa terliur kan..Jom laa buat sendiri

Mari saya tunjukkan langkah - langkah mudah dalam proses membuat aiskrim segar dari rumah tanpa kos yang mahal. Sediakan bahan - bahan dari dapur anda sahaja.  Cara buat aiskrim seperti berikut :

Bahan - bahan utama yang diperlukan untuk membuat aiskrim vanilla :
  • 3/4 cawan gula
  • 2 1/4 cawan susu
  • 2 sudu teh perasa vanilla
  • 1 cawan krim putar
Cara membuat aiskrim vanilla adalah seperti berikut :
  1. Kacau gula, krim, dan susu ke dalam periuk dengan api perlahan sehingga gula larut. Panaskan adunan sehingga terbentuk buih - buih cincin disekeliling tepi
  2. Setelah masak, pindahkan adunan tadi ke dalam bekas, tak kisah la bekas apa pun pastu uolss campurkan perisa vanilla. Jangan lupa tau, sejukkan selama 2 jam lebih. Kalau nak elok boleh buat malam pastu taruk dalam peti ais sepanjang malam
  3. Ok, dah sejuk Tuangkan krim campuran sejuk itu tadi ke dalam mesin pembuat ais krim, hidupkan mesin selama 20 hingga 25 minit. Tak ada mesin aiskrim tak apa, uols kaup dengan sudu laa
  4. Hidangkan segera atau balutkan dengan sekeping plastik secara langsung di atas ais krim dan letakkan ia di dalam peti sejuk untuk elak cair.
Haa, itulah resepi ringkas sahaja. Kalau uolss nak tambah deco boleh letakkan coc rice, atau buah kering atau apa saja uols suka.

Sesiapa yang ingin memulakan langkah pertama untuk menjual aiskrim boleh juga guna resepi ini. Untuk permulaan bisnes kecil - kecilan dari rumah boleh juga jual aiskrim buatan sendiri/aiskrim homemade. Lebih terjamin dan bersih kan.

Sahabat saya ada menulis ebook bagaimana  memulakan bisnes menjual aiskrim dengan modal minima, baca kat sini uolss - KLIK SINI

Laman tuu  khusus untuk mereka berminat nak jana pendapatan RM5k sebulan secara part-time pada hujung minggu tanpa berhenti kerja.

Semoga membantu!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023