Jejalan Hujung Minggu di Bukit Malawati Kuala Selangor

Hai,

Selamat berhujung minggu. Kalau hujung minggu anda pergi mana je? Kini, untuk mereka yang berhampiran kawasan Kuala Selangor boleh pergi ke Bukit Malawati. Wow, saya pun baru tau situ merupakan tarikan pelancong dan lebih meriah jika anda datang hujung minggu

Bestnya naik tram... kalau larat nak panjat bukit boleh jalan perlahan-lahan.. tapi kami cuba naik tram dengan bayaran RM3 sahaja termasuk pergi dan balik. Ala-ala pelancong luar pula rasa nya. Biasala hujung minggu memang agak ramai pelancong tempatan bersama keluarga masing-masing kesini


Perkhidmatan kereta api (trem) juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad, Sabtu dan cuti umum




Lokasi : Pekan lama Kuala Selangor

Tarikan disana seperti berikut:
  • Tempat peninggalan sejarah - Pemerintahan Kesultanan Selangor 
  • Perigi Beracun
  • Makan Diraja 
  • Muzium Kuala Selangor
  • Muzium Permainan Tradisional
  • Rumah Api 
  • Baituhilal ( tempat melihat anak bulan )
  • Busut Malawati 
  • Kota Malawati
  • Tangga Seratus 
  • Meriam 3 sederet
  • Meriam Penggawa
  • Pemandangan Selat Melaka dan bermain dengan monyet

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 45minit-1jam dan anda perlu bertolak seeloknya awal pagi bagi membolehkan perjalanan lebih terancang dan teratur. Biasa la kan masuk je tengah hari sudah jadi hari yang memenatkan

naik trem je panjat bukit

dalam muzium je ni

sini spot lawa kalau nk bergambar

Jinak sampai panjat atas bahu


Jika anda berkunjung ke Bukit Malawati mesti lah nak jejalan atas bukit lagi, nak bersuka ria lagi dan nak melawat kawasan sejarah lagi. Kami datang pagi juga tapi dah sampai lewat tengah hari memandangkan haritu cuaca sedikit redup

Kemudahan yang boleh anda dapati  : 
  • Tandas awam
  • Tempat letak kenderaan
  • Tempat berehat
  • Perkhidmatan trem (hanya pada hujung minggu dan cuti am sahaja)

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )

Bayaran perkhidmatan trem naik bukit je okay :

RM 3.00 / dewasa
RM 2.00 / kanak-kanak ( 3-12 tahun)


Monyet ke ni? lantak laa nama apa hehe . tapi jinak sangat wehh. Datang dekat pun tak lari. Kalau nak sentuh pun boleh

*****************


Nak bagi makan monyet pun boleh. Kat atas sana ada org jual makanan ni. Spesis ni makan kacang dan keledek.. Berselera

Memang happening sangat lah kalau nak bawa keluarga anda jejalan hujung minggu ke Bukit Malawati Kuala Selangor.. Kalau budak-budak mesti seronok kan naik trem dan bagi monyet makan

Welcome~~

matawang zaman dulu-dulu

dalam muzium

tiket tram dewasa

Sekian sajaa dari saya, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023