Cara Buat Laksam Kelantan Simple

Hujung minggu tak tau nak buat apa kan. Rasa nak makan laksam kelantan. Kalau pergi Kelantan memang mudah nak jumpa laksam. Memang sedap sangat, kalau makan sekali pasti nak tambah lagi. Oh, laksam kelantan ni nak buat pun mudah. Stakat nak makan anak branakk mudah je buat sendiri kan. Yang penting, bahan-bahan mentah pun senang nak beli di kedai runcit je pun

Resepi laksam simple dan mudah, Kalau nak ikut boleh guna bahan-bahan dibawah ini :

  • Tepung beras 3 cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • 1 sdu besar tepung ubi kayu (takde takpe)
  • 5 cawan air
  • Garam skit nak bg ada rasa
  • Minyak 1 sudu

Cara membuat nya :

1. Bahan diatas tu anda campur semua skali dalam satu bekas besar dan kacau
2. Panas kan pengukus
3. Dalam pengukus kena letak tudung periuk jenis leper. Tak nak ada bonggol tau hehe
4. Oleskan sedikit minyak pada penutup periuk
5. Letak lah sedikit adunan tadi dan biarkan 5-7minit sampai adunan tu masak
6. Nak tau adunan dah masak, tepung tu naik gelembung2 udara
7. Boleh angkat dan gulung seperti dibawah

p/s: Guna cawan yang sama. Cawan yang minum kopi pun boleh. Jenis cawan pendek


Campur kan semua bahan diatas lepas tu kacau lah bagi sebati. Jgn berketul tau!



Ini laksam yang sudah siap! Biarkan ia sejuk seketika lepastu gunting menyerong seperti diatas


Laksam boleh dihidangkan waktu petang, takpun masa sarapan atau kalau nak tukar menu semasa majlis keraian kecil-kecilan boleh juga hidangkan laksam. Mesti tetamu yang datang lebih gemar laksam.

Di pantai timur, laksam memang mudah nak cari kalau anda berkunjung ke pasar minggu ke, pasar malam atau warung-warung kecil pun ada jual. Harga tidak mahal mana pun!

Kuah Laksam pun mudah. Nak buat kuah lemak putih tuu kena guna ikan selayang/sardin baru sedap. Ada rasa lemak manis gituu hehe

Bahan untuk sambal lada


  • Lada segengam
  • Cuka tu bagi separuh lada tenggelam
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula tu timbal rasa lah, nk letak 2 sudu besar pun boleh
  • Belacan (pilihan)


Cara nya mudah je, Blend semua skali tu sampai lumat. Siapp!

Bahan untuk kuah :
  • 9 ekor ikan selayang/sardin
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 tangkai lada kering direndam dalam air panas. nak bg nampak merah skit
  • Gula
  • Garam
  • Perasa
  • Jangan lupa, santan 1 liter !!
Cara membuat Kuah Laksam :

1. Ikan tu kena lah rebus dgn asam keping. Asam keping jangan buang, leh guna letak dalam kuah lemak 

2. Perisikan ikan, blender bawang merah, bawang putih, lada, bawang besar sampai lumat dengan sedikit santan. Ceduk je asalkan tenggelam bawang2 tu semua benda

3. Masukkan bahan kisar ke dalam santan yg siap diperah

4. Lepas tu perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa

5. Masak sampai dia gelegak. Jangan lama sangat. Kalau santan pecah minyak tak sedap

6. Angkat dan boleh dimakan bersama ulam-ulaman. Saya guna timun dan taugeh je

7. Jangan lupa, boleh letak sambal belacan kalau nak rasa pedas-pedas

Itu je lah resepi ringkas laksam gaya saya. Saya pun festime buat , Menjadi. Happy sangat2 kan. Selamat mencuba uols!!

AMARAN: Tepung beras biasa tau, BUKAN tepung beras pulut. Jangan salah beli...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023