7 Cara Mudah Reprint Boarding Pass Air Asia Guna Mesin Kioks di KLIA2

Hai,

Best kan kalau dapat naik kapal terbang ? Tapi naik kapal terbang ada langkah-langkah yang perlu diikuti walaupun anda sudah ada tiket iaitu cara nak dapatkan boarding pass. Pass masuk ni bertujuan untuk sahkan kita ni penumpang yang sudah check in dan boleh lalu security check dengan selamat & tenang .. hehe

Untuk check in flight Air Asia membenarkan penumpang berbuat demikian dalam masa 14 hari sebelum berlepas. jadi, dalam masa 14 hari kita dah boleh check in flight kita termasuk laluan domestik dan laluan antarabangsa


Check in ni tak lah susah mana pun. Just masukkan nombor booking semasa anda beli tiket flight dan ikuti step-step seterusnya. Check in akan ditutup 45minit untuk perlepasan domestik. So, ready check in awal dari rumah. Boleh buat online jer pastu boleh print boarding pass di airport jika tiada printer dari rumah

Tahu tak? kalau anda check in di kaunter airport untuk laluan domestik kena caj RM10 seorang . Jadi untuk penjimatan boleh check in di kioks/online website/apps Air Asia dengan mudah skali klik jer dan siap.

Ini tutorial reprint boarding pass di kioks KLIA2 memandangkan saya sudah check in di website Air Asia sebelum ke KLIA2. Langkah-langkah check in di kioks pun lebih kurang camni jerr


#1: Cari kioks tertera logo Air Asia macam ni. Banyak ada kawasan check in dalam terminal perlepasan

#2: Pilih sama ada untuk CHECK IN jika belum check in lagi. Kalau dah check in online anda boleh REPRINT semula boarding pass jika tiada printer dirumah

** Saya dah check in online dan mahu cetak semula boarding pass**


#3: Pilih untuk masukkan booking number lagi senang. 2D code tu saya takpernah guna selama ini..

#4: Masukkan booking number seperti diatas. Mudah jerr..

#5: Paparan berikut nya  akan keluar semua nama penumpang dibawah satu nombor booking tadi. So, tick kan semua nama untuk di daftar masuk

#6: Paparan akan keluar camni. Tunggu boarding pass anda di cetak

#7: Yeahh, boarding pass dah siap! Boleh terus ke balai berlepas ya


Sekian tutorial. Pastikan anda merancang perjalanan anda dengan selamat dan mudah. Terima kasih

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023