Mee Kuning : NuMee Produk Baru Dari Gardenia

Hai,

Bagaimana dengan hari minggu anda? Tak memasak ker? Eh, sekarang ni Gardenia dah keluarkan produk baru, yang pasti bukan roti lah tapi Mee. Iyaa, mee kuning yang selalu kita makan tu tapi ni nama nya NuMee by Gardenia

Jangan risau, kalau malas sangat nak masak kini anda boleh je masak mee goreng.. Bahan-bahan nak dapat pun mudah. Buka peti ais pun ada kan.. hehe.. Jom cuba NuMee Gardenia


Takkan anda tak kenal jenama Gardenia? Mesti tahu kan.. Disamping buat roti, syarikat itu juga mengeluarkan mee bermutu tinggi dan kini dipasarkan di seluruh negara. NuMee boleh didapati di semua kedai yang turut menjual roti Gardenia. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di kedai peruncit lain seperti KK Mart, 99 Speedmart, Pasar Raya Sunshine dan semua kedai Mydin.

Saya hanya beli di Mydin Hypermarket. Kebetulan lalu bahagian sayur ternampak NuMee diatas rak Gardenia terus kita beli sebab ni pertama kali nak rasa ..

Kita beli 2pek, nak cuba goreng. Kalau sedap dan semua suka nanti kita repeat beli lagi

Mee kuning jenama lain dah cuba, apa kata kita cuba jenama Gardenia pula kan. Maklumlah boleh tukar selera untuk masakan keluarga. 

NuMee by Gardenia ni merupakan mee kuning berkualiti tinggi oleh pakar dalam penghasilan tepung Gardenia itu sendiri. Mestilah syarikat guna tepung gandum berkualiti dah memang sah pembuat roti terkenal ofcoz mereka lebih arif tentang kualiti gandum.. 

Dipasteurkan. NuMee Gardenia melalui proses pempasteuran, dimana ianya menghapuskan bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang mempercepat kerosakan makanan. Ini penting supaya mee yang siap tu tahan lama dan kalau kita beli masih segar untuk disimpan

Satu lagi NuMee Gardenia tiada pewarna tambahan. Warna mee kuning mereka terhasil hanya daripada proses semulajadi iaitu daripada campuran garam dan tepung. Kan, kalau guna pewarna yang terlebih dari sukatan dibenarkan ofcoz akan memudaratkan badan untuk jangka masa lama


Tambahan pula, NuMee Gardenia rasa dan bau alkali pada mee tidak keterlaluan. Ini mengekalkan keaslian resepi mee itu sendiri. Jika ada bau yang kuat saya tak lalu nak makan. Kira pilihan NuMee Gardenia amat sesuai dengan citarasa saya lah..

Paparan dibelakang packaging NuMee, turut dicetak tarikh luput skali...Berat bersih 450gm..

NuMee kurang berminyak dan tiada penggunaan asid borik di dalam pembuatan NuMee Gardenia. Ada sesetengah produk mee kuning diluar sana saya tak berapa suka kerana terlalu berminyak. Nak basuh pun masih melekat pada penapis dan ini membuatkan saya rasa rimas...

Sepinggan mee goreng antara RM4-5 sudah tentu tidak cukup kalau keluarga ramai. Nak tambah pun susah kan. Apa kata harini anda beli NuMee dan masak sendiri dirumah.. Harga sepeket NuMee ni cuma RM1.50 suci bersih lagi dan ia nya HALAL. Harga nya tidak terlalu mahal dan sesuai dengan bajet barang dapur saya

Jom cuba NuMee Gardenia, .... Sekian

P/S: Ini hanyalah review saya dan bukan artikel tajaan. Olahan sendiri dan saya juga merujuk kepada website NuMee

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023