Cara Buat Donut Ball (Donut Bulat) Mudah

Hai,

Duduk di rumah kekadang terlebih rajin nak buat kuih. Maklumlah, tak tau nak buat dan adakala nya boring menjelma . Jom saya kongsikan resepi mudah cara buat Donut Ball a.k.a Donut Bulat yang gebu dan sesuai untuk menjamu selera seisi keluarga



Resepi donut yang saya tunjukkan ni simple je, dan bahan-bahan untuk membuat donut mudah ni senang je. Boleh beli di kedai runcit sebelah rumah anda, ha3.  Bahan nya terdiri daripada :
  • Tepung gandum, 300gram anggaran 30-40 biji
  • Yis (ibu roti) dilarutkan 10minit dalam air biasa sampai berbuih
  • Minyak 3 sudu besar
  • Air biasa untuk mix tepung
  • Susu pekat 3 sudu besar
  • Garam sedikit (hujung sudu kecil)
  • Gula 3 sudu besar
Hiasan : Gula halus untuk tabur. Boleh tumbuk/blend sendiri gula didapur sampai hancur dan halus

Tapi saya adjust sendiri ikut suka sampai adunan dikira ok dan sebati ... Nak dapatkan sukatan tepat pun kekadang ada juga slight error yang berlaku.

Cara membuat nya seperti berikut :

1. Tepung gandum tu diayak, Tak nak ayak pun tak apa.
Lepas tu masukkan air larutan yis bersama gula, garam dan 3 sudu susu kedalam adunan tadi. Masukkan sedikit minyak masak supaya adunan tak melekat

2. Uli tepung sampai sebati tanpa melekat di tangan, 20 minit anggaran

3.  Rehat doh 30 minit dan bentukkan bulat-bulat selepas doh direhatkan. Sedia untuk digoreng

4. Panas kan minyak dan goreng api kecil sehingga masak keperangan

5. Sudah masak biarkan seketika sejuk kemudian anda taburkan gula halus

Crunchy diluar dan lembuitt didalam yer ...

Donut mudah ini sesuai dihidangkan ketika bersantai petang dan juga semasa majlis keraian. Kalau nak buat untuk makan pagi pun boleh juga. Budak-budak pun mesti suka.

Sekali gigit dah habis, jom tambah lagi :)

Kalau anda buat tak berapa menjadi, cuba lagi. Proses belajar memang makan masa dan tenaga yang banyak. Saya pun masih mencuba, try and error katakan.. hehe

Salam sayang & selamat mencuba ! ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023