Cara Buat Donut Mudah & Ringkas Dirumah

Hi,

DONUT .. sejenis kuih la katakan. ha3.. Kebanyakkan orang mesti suka akan kuih yang berlubang ditengah ni. Tapi kan skrg, saya tengok donut pun dah diolah menjadi pelbagai jenis dan rasa serta sudah di komersial kan sebagai jenama hebat pun ada. Ada donut disalut dengan coklat dan juga macam-macam toping !

Buat penggemar donut, ini adalah resepi yang mudah pernah saya buat dan juga olah sendiri. Ya laa kan, memasak ni tidak perlu strict sangat, asalkan menjadi dah kira ok sangat untuk makan-makan sendiri dirumah


Resepi donut yang saya tunjukkan ni simple je, dan bahan-bahan untuk membuat donut mudah ni senang je. Boleh beli di kedai runcit sebelah rumah anda, ha3.  Bahan nya terdiri daripada :

  • Tepung gandum, 700gram anggaran 30-40 biji
  • Yis (ibu roti) dilarutkan 10minit dalam air biasa sampai berbuih
  • Minyak 3 sudu besar
  • Air biasa untuk mix tepung
  • Susu pekat 3 sudu besar
  • Garam sedikit (hujung sudu kecil)
  • Gula 3 sudu besar

Hiasan : Gula halus untuk tabur. Boleh tumbuk/blend sendiri gula didapur sampai hancur dan halus

Tapi saya adjust sendiri ikut suka sampai adunan dikira ok dan sebati ... Nak dapatkan sukatan tepat pun kekadang ada juga slight error yang berlaku.

Cara membuat nya seperti berikut :

1. Tepung gandum tu diayak, Tak nak ayak pun tak apa.

Lepas tu masukkan air larutan yis bersama gula, garam dan 3 sudu susu kedalam adunan tadi. Masukkan 3 sudu besar minyak masak supaya adunan tak melekat

p/s : 


Saya masukkan skit air daun pandan yang siap diblend agar donut tu bau wangi skit, kalau nak donut hijau, boleh tambahkan sedikit pewarna hijau ya ..



 

2. Uli tepung sampai sebati tanpa melekat di tangan, 20 minit anggaran. Kalau tepung masih melekit, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan terus menguli lagi

3.  Rehat doh 30 minit dan bentukkan bulat-bulat selepas doh direhatkan. Sedia untuk digoreng


4. Panas kan minyak dan goreng api kecil sehingga masak keperangan


5. Sudah masak biarkan seketika sejuk kemudian anda taburkan gula halus



Kalau nak letak toping lain pun boleh. Atas kreativiti anda lah ye. Kita pun tak nak manis-manis sangat, tabur kan gula halus tu biar berpada-pada. Jangan terlalu banyak nanti kencing manis orang tua kata lah ! hehe

Lagi satu, kalau anda nak simpan donut ni untuk goreng keesokan hari cara nya mudah. Pastikan goreng separa masak untuk matikan tepung dan yis. Angkat dan sejukkan. Boleh simpan dalam peti ais ye

Nak makan pagi esok kan, boleh goreng semula . Just goreng sampai masak je. Boleh dihidangkan panas-panas bersama secawan kopi gituhh.. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023