Review Menginap Di TuneHotel 1Borneo, Kota Kinabalu

Hi,

Berkunjung ke Kota Kinabalu sememangnya seronok! Boleh makan seafood sepuas hati dan juga jejalan sekitar bandaraya yang menjanjikan kegembiraan dan keseronokan buat sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki kesana..


Untuk mereka yang sering kali pergi ke Kota Kinabalu sememangnya akan mencari penginapan yang selesa dan tidak terlalu mahal. Saya pun seperti anda, kan sebelum booking penginapan banyak juga mencari dan servey hotel-hotel lain

And last saya ada jumpa Tune Hotel. Hotel ni terletak berhampiran dengan 1Borneo Mall dan perjalanan ke airport mengambil masa 15-20 minit begitu. Tetapi dari bandar agak jauh la skit kalau nak ke pasar malam, waterfront dan juga pasar Filipin serta seangkatannya. Tidak boleh berjalan kaki kerana jarak jauh, incase anda sewa kereta ok la.. Mau naik Grab pun bolehh :)

Tunggu check-in. dah lewat sampai tapi masih tunggu bilik 

Yang saya suka pasal TuneHotel 1Borneo ni sebab dia bagi Breakfast PERCUMA untuk 2pax setiap bilik dengan syarat anda booking direct dari website TuneHotel. Kalau booking di laman online lain peluang nak dapat tu tak ada..Jika ada, anda kena bayar harga breakfast lain. Ahh! rugi kan

Gambar Bekpes yang sempat diambil

Jika anda booking di website TuneHotel , anda akan dapat :
  • Early Check-in (3 Hours ) Complimentary
  • Breakfast Complimentary
  • Late Check-Out (3 Hours) Complimentary

Breakfast pun dikira ok sangat. Bukan setakat roti dan jem wehh. ni siap ada nasi goreng, mee goreng, jus oren, air teh, roti, jem dan banyak lagi. Kira ok sangat dengan harga bilik semalaman tak sampai RM100. 

ini pun disediakan juga, ok la ada lauk ayam dan telur goreng


ruang makan yang selesa dan besar

Selepas check in, kalau rasa bosan boleh jejalan dalam mall. Mall tu bersambung dengan bangunan hotel. Boleh jalan kaki saja. Oh, untuk pengetahuan.. TuneHotel tak sediakan parking. Parking kena bayar sendiri, ada joker dan juga parking berbayar. Waktu malam selepas mall tutup, anda boleh parking percumaa lah kiranya

Bilik yang saya tempah adalah TWIN bed RM 81.89 dan juga DOUBLE bed RM 67.27. Murah la kan termasuk tax .. Saya dapat harga ni masa TuneHotel buat promosi.  Biliknya tidak la luas sangat tapi sedang saja, boleh letak bagasi dan solat.  Boleh tidur nyenyak sajaa dan selesa untuk saya ...

Twin Bed, hehe

Kemudahan dalam bilik biasa sajaa dan hampir sama dengan hotel lain.. Ada air mineral 2botol, TV, Shower gel, iron kena minta, security box, plug ada 2 soket, tuala, penyangkut baju, kipas, penghawa dingin, pancuran air panas & sejuk dan lain-lain lagi ..

Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus disini:

Tune Hotel 1Borneo Kota Kinabalu
Phone: +608 844 7680
Email: enquiry@tunehotels.com

Itu je la dapat saya simpulkan menginap 1 malam di TuneHotel 1Borneo Kota Kinabalu. Saya pasti akan kesini lagi next time jika ada peluang

Sekian....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023