Cara Buat Tauhu Goreng Berlauk (Tauhu Berlauk)

Hi

Sedapnya.. kalau buat tauhu berlauk .. hehe.. Resepi tauhu berlauk ni mudah je kerana bahan-bahan pun mudah didapati. Boleh makan bersama nasi dan juga boleh olah menu berasaskan kepada tauhu berlauk

Serius kan. saya pun ada juga nampak orang jual tauhu goreng, tauhu sumbat , tauhu bercili lah tapi jarang jumpa orang buat  tauhu berlauk ni. 

tauhu berlauk olahan resepi dari Harita Arash

Resepi Tauhu Berlauk Mudah & Tersedappp  Bahan-bahan  tauhu berlauk pun boleh je dapat dalam peti ais dan cara memasak disertakan dibawah :-

Cara masak Step by step,

Bahan-bahan yang diperlukan :

2 ketul isi ayam

3 keping tauhu petak tu.

4 ketul tauhu telur yang berbungkus tu.

3 biji telur

Bawang holland

Carrot

Daun sup

1 kiub ayam

Sebuk lada hitam kalau nak bubuh, boleh hilangkan hanyir

Blend tauhu petak tu... isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus lawo okeh...

Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, ajino, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.. 

Kalo ada lada sulah, boleh hentam buh.. lagi sedap aroma nya.. then...korang kukus dulu.. 

Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng dengan celup telur.. Buat bekal anak-anak  sekolah pun OK sebab ada sayur

Sambal kicap pula seperti berikut :

Bahan-bahan

5-10 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

Garam

Perasa - Ajinomoto, kalau suka

Kicap manis

Sedikit jus limau

Cara cara pun simple je :

Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. 

Masukkan gula.. Garam.. Tumbuk lagi.. Pastu keluar masukkan dalam mangkuk... Masukkan Kicap..perahkan limau.

Kredit : harita arash

Selamat Mencuba, tauhu berlauk uolls ~~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023