Citra Losyen Tangan & Badan Wangi

Hi,

Anda seorang pencinta losyen badan? Sama juga seperti saya. Saya lebih suka dan akan pilih losyen jenis tidak melekit selepas disapu dan option ke dua kalau wangi tu memang suka lahh .. hehe .. Citra ni dah lama juga ada dalam pasaran dan mungkin ada dalam kalangan pembaca ni adalah pengguna Losyen Citra?

Saya ada beli Losyen Citra Pearly White UV . Bau dia pun wangi dan cepat meresap walaupun sekali sapu. Haa, kan best camtuu, kurang la skit pakai minyak wangi kann. hehe




Isi dalam ni 230ml RM8.90 ada juga isi 380ml RM13.90


Tekstur Citra Losyen Tangan dan Badan agak creamy dan pekat

Lagi satu kann, Citra Losyen Tangan dan Badan ni mudah dicari. Kedai-kedai kosmetik dan penjagaan diri seperti Watson dan Guardian pun ada jual. Pasaraya seperti Mydin pun ada juga jual. Kalau uolss nak repeat beli pun mudah, takperlu bersusah payah mencari merata

Citra Losyen Tangan dan Badan ni yang best nya menggunakan 100% Korean Essence Mutiara. Bahan ni mampu mencerah dan membuatkan kulit anda nampak sihat berkilau, ni berdasarkan apa yang sy baca kat belakang tu haa. Selain tu, losyen ni juga turut mengandungi 100% esen Mulbery yang kaya dengan vitamin E . Last skali, ditambah 10x vitamin E daripada formulasi sebelum

Nak pakai losyen Citra pun mudah. Tuang skit tapak tangan lepastu usaplah pada kulit dengan sekata. Nak kesan terbaik, pakai 2x sehari selepas mandi dimana kulit masih lagi dalam mood lembab-lembab manja!


Update Oct 2020 : Saya pun dah cuba tube kuning ni. Serius wangi!

Secara jujurnya, saya suka akan Citra Losyen Tangan dan Badan ni dan akan beli lagi dimasa akan datang ..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023