Hi,
Pening saya dibuatnya untuk pos barang ke luar negara. Ya lah, pengalaman pos barang ke luar negara belum ada. Asyik dalam negara sahaja. Kali ini saya nak pos barang ke Australia dan semestinya saya dah buat servey kurier mana nak guna
Kebanyakkan pengguna memilih PosLaju untuk pos barang ke luar negara. Oh, tiada masalah boleh je nak guna PosLaju International. Mudah pun mudah guna sistem SendParcel je. Masukkan poskod pengirim dan juga negara penerima anda dapat tahu harga.
Kali ini saya pos guna Flickpost!
Flickpost pun ada buat penghantaran ke luar negara, boleh semak di website mereka. Dan harga pun kiranya berbaloi juga la.. Lagipun servis Flickpost adalah termasuk pick-up dari rumah anda dalam Semenanjung sahaja
Flickpost membolehkan anda mendapatkan sebut harga untuk penghantaran ke mana-mana negara di seluruh dunia dan menempah penghantaran anda secara dalam talian. Semua tempahan yang dibuat akan merangkumi perkhidmatan pick up PERCUMA dari mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Nombor penjejakan (tracking numbers) akan dihasilkan sebaik sahaja anda membuat tempahan
Kira ok sangat, just anda key in data secara online di website lepas tu buat bayaran siap-siap. Boleh anggar je berat barang. Kalau tak cukup nanti boleh top-up duit dalam akaun Flickpost. Semua ni semudah online sahaja. Senang pun senang
Sebelum nak pos barang, anda boleh emel kan dahulu jenis barang tu kepada pihak Flickpost sama ada boleh ke tidak untuk masuk negara penerima. Ya lah kan, pos penat-penat akhir nya tak boleh masuk. Agak rugi juga kan.
Daftar Flickpost ni percuma je, nak pos barang baru bayar. Haa, sementara dah ada akaun boleh lah usha-usha harga pos anda
Pendaftaran : Rujuk sini DAFTAR AKAUN FLICKPOST (PERCUMA)
1. Daftarkan akaun flickpost anda atau log masuk ke akaun yang ada
2. Buat penghantaran baru, isi maklumat pengirim dan penerima
3. Periksa maklumat penghantaran dan bayar dalam talian guna online banking
4. Cetak SATU (1) salinan label penghantaran dan invois dari akaun flickpost anda
5. Then, boleh arrange pengambilan bungkusan di tempat anda
Flickpost menerima semua kad kredit dan debit utama, Perbankan Internet, PayPal, GrabPay, Boost, Touch ‘n Go. Mudah kan?? Untuk pelanggan yang berada di luar negara, Flickpost juga menerima Telegraphic Transfer.
Post ini tidak ditaja oleh Flickpost dan sudi saya share pengalaman menggunakan Flickpost!
No comments:
Post a comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^