Review Wardah Acne Gel || Gel Jerawat Wardah || Wardah Acnederm Acne Spot Treatment Gel

Hi,

Sambil keluar pergi beli barang dapur, sempat la saya menyinggah Guardian. Memang tak boleh kalau tak masuk Guardian. Siapa macam saya? Komen kat bawah ya. Anyway, masa pergi Guardian haritu ada sale untuk produk penjagaan kulit (skincare). Boleh tahan juga diskaun yang Guardian bagi amat menjimatkan 40% off. 

Kalau time Guardian buat jualan murah mcm ni memang produk - produk penjagaan kulit (skincare) akan cepat habis. Diaorg pun beli banyak-banyak untuk stok penggunaan berbulan-bulan lama nya. Tak rugi pun beli time murah lagipun produk tu kita pakai dan guna hari hari tanpa missed kan

Untuk mereka yang selalu menyoping kat Guardian memang kena berjaga-jaga lah dengan promosi ini. Guardian tak buat lama pun promo murah-murah tercekik haha, mungkin 3-4 hari saja. So, stay tune dengan promosi terkini Guardian. Kamu boleh follow IG dan FB Guardian ya 


Sewaktu pergi Guardian hari tu, saya jejalan disepanjang rak tu dan ternampak Wardah Acnee Gel ni. Ehh, macam berkenan .. Tengok tengok dan pegang-pegang hahaha. Harga pun masa sale haritu murah je. Dalam 6 inggit lebih daripada harga asal belas-belas ringgit kan??

Why not kita cuba beli dan pakai. So, terus lah bergegas pergi bayar sebelum dibawa pulang.... Untuk pengetahuan anda.. Wardah juga ada set-set lain juga.. Wardah Acnee Gel ni sesuai untuk anda sapu di jerawat yang timbul .. 


Wardah Acnee Gel ni saya pun suka, tekstur nya light saja dan lembut bila apply di kulit muka. Ia bukan cream likat sebaliknya jenis gel-like dan mudah disapu serta di seret di kulit muka. Macam tak rasa pakai apa-apa di muka. 

Kulit muka berminyak senang terjadi jerawat kan. So, lepas ni tak perlu risau lagi kalau ada jerawat tumbuh di kulit muka anda. Guna je Wardah Acnee Gel. Untuk merawat jerawat kita perlu lah cari produk khusus dan bahan-bahan khusus agar jerawat hatt naik duk muka tu cepat kering dan kecut 


Ingredients: 
Aqua, Propylene Glycol, Salicylic Acid, Polyacrylate Crosspolymer-6, Xanthan Gum, Amylopectin, Dextrin, Phenoxyethanol, Capryloyl Glycine, Hexylene Glycol, Butylene Glycol, Sarcosine, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Cinnamomum Zeylanicum Bark Extract, Epilobium Angustifolium Extract, Centella Asiatica Extract, Sodium Citrate, Phragmites Kharka Extract, Poria Cocos Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Citric Acid, Sodium Benzoate, Camellia Sinensis Leaf Extract, Licorice Root Extract, Chamomilla Recutita Flower Extract, Rosemary Leaf Extract, Sodium Metabisulfite

Bagi saya,  Wardah Acnederm Acne Spot Treatment Gel sesuai dengan kulit saya, Masa jerawat tumbuh terus je saya sapu-sapu 2-3kali sehari dan selang beberapa hari jerawat sudah kecut.. tak kira lah mak jerwat dan anak jerawat pun turut terkesan. hehe

Keesokan harinya, jerawat yang timbul sudah kecut dan lama-lama dia leper dengan sendiri. Jangan cecuba nak kerutis dengan tangan ye. Bakteria banyak kat tangan.. Apply la juga sebelum tidur agar proses rawatan itu berterusan 

Memang akan repeat order lagi lepas satu tiub ni habis.. Mana boleh tak repeat, benda baik harus diguna berterusan dan dikongsi gittu. Bagi yg ingin mencuba, dipersilakan



Dalam banyak-banyak ingredients tu... yang menawan hati saya adalah Salicylic Acid. Mesti uols dah tau kan fungsi bahan ni?? Salicylic Acid tu antara bahan untuk merawat jerawat secara efektif dan berkesan. Lepas jerawat naik, biasanya akan serta skali dengan merah kemerahan dikulit. Orang kata Salicylic Acid pun boleh meredakan kemerahan akibat iritasi tersebut

Sebelum tu, nak bagitauu laaa.. Wardah pun ada set lengkap untuk tangani Jerawat dan Kulit berminyak ni... mcm set kat bawah ni.. Uolls boleh la usha-usha di Guardian berdekatan ya. Hahaha. boleh pergi sekarang,, jgn tangguh lagi

Untuk set penjagaan wajah berjerawat ada pencuci muka, toner, pelembab dan gel jerawat 

Sekian.. 

Komen kat bawah kalau dah pernah cuba atau dah pernah lihat produk ini hehe

Saya dah cuba WARDAH SUNSCREEN , BACA DISINI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023