Promosi Berbaloi Sushi King di Shopee

Hai, Makan-makan hujung minggu kali ini kita menerjah ke restoran Sushi King. Heww! Kita redeem baucer Shopee kebetulan masa tu Sushi King buat promosi. Kalau nak dibandingkan harga di kedai secara walk in memang nyata berbeza dan menjimatkan! Pestimee jugak pi Sushi King ~~

Kenapa bayar lebih sedangkan ada yang jimat? ye dakkk hehehe

Suasana dalam restoran Sushi King, private gituh~~

Bagi yang suka makan Sushi, boleh datang mana-mana outlet Sushi King berdekatan yukk. Kalau nak datang tu bawa la kekawan atau adik beradik. Hehehe.. Boleh minta dibelanja skali hahaha .. Meriah datang ramai-ramai dan ambil tempat duduk kita-kita aja~

Kebetulan pergi haritu orang tak ramai sangat. Dapatla tempat duduk. Kalau ramai kena beratur tunggu turn. Aduhh! Hujung minggu biasa nya orang keluar lepak memang ramai juga. So, decide la nak pergi tu tidak bersesak-sesak sangat ya,...

Sempat la snap skit2 menu-menu nya.

Kerlas kauu~~ nak amik order pun tekan-tekan je

Ini adalah set Bento yang saya order. Ada nasi jepun, udang tempura, daging dan miso sup
Agak kenyang juga. Mungkin nasi dia tu agak mampat dan mudah kenyang 

Bagi customer yang nak tengok menu, boleh je .. Ada disediakan buku menu yang memikat selera ha3x

Ouh, ini satu lagi saya order. Donburi. Nasi dan daging masak kicap ke? Entah laa.. tapi sedap juga. tak ada miso sup. memang camni ker orang Jepun makan? terasa bagaikan di Jepun #ehh

Yang ni duk gerak2 berpusing-pusing atas trolley tu. Kalau nak makan ambil saja. Tak perlu order. Harga adalah mengikut warna pinggang

Yang ni pinggang pink

ini purple plate

lagi... buku menu, bnyak menu ada

Saje-saje tekan, order now~

Last but not least, ini bukan air tebuu ya. Ini green tea kesukaan saya. Refill tu dia bawa jug besar trus. Tawar-tawar pahit manja ok la, boleh minum

Sekian segmen terjah Sushi King
Ada duit boleh pergi pula ha3x

Anda pernah makan di Sushi King? Komen dibawah. Saya baca ya~

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023