Perniagaan Air Balang Di Pasar Malam / Bazar Menguntungkan

Hi, bisnes air balang memang tidak asing lagi kalau kita berkunjung ke pasar malam atau bazar ramadan. Bahkan di kawasan kelompok orang ramai seperti tepi jalan, kawasan ekspo pun ramai orang jual air balang. Untung ke jual air balang ni? Ofcoz la kann.. hehe

Perniagaan air balang kalau kena cara memang akan ada peminat setia yang tak sabar-sabar nak beli. Umpama orang kata ada follower tegar air balang yang anda jual. Best kan, sebab tak perlu nak promote bagai nak rak hehe. Resepi air balang ni subjektif hanya individu atau pemilik tersebut yang tahu

Cara bisnes air balang pula kena kreatif dan perlu dipelajari dari semasa ke semasa. Sekarang sudah canggih, informasi mudah didapati secara meluas. Untuk memulakan perniagaan air balang anda tidak perlu mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit. Malah ada yang bermula dengan modal kecil sahaja

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150

- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)

- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)

- 2 kerusi : RM 10-RM20

- 1 alas meja : RM30-RM40

- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)

- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma

- 1 unit bekas air gula: RM5-10

- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )

- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)

- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)

- 1 dozen Straw: RM 5-6

- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

Boleh ambil kisah kejayaan penjual air balang dibawah. artikel dipetik daripada sinarharian online:

Nik Ayuani Nik Amat, 32, berjaya menambat selera hingga tidak menang tangan apabila gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan ‘diserbu’ pelanggan

Peminat buah ‘kayangan’ itu sanggup beratur lebih awal sepanjang lebih 100 meter walaupun operasi perniagaan hanya bermula pada jam 5 petang


Gambar diatas menerangkan : 

Gerai jus strawberi di Cabang 3 Geting, Tumpat diserbu pelanggan yang sukakan rasa segar dan masam manis jus resipi Nik Ayuani. Nik Ayuani (kanan) dan tiga pembantunya menyiapkan pesanan pelanggan yang beratur sepanjang 100 meter bagi mendapatkan jus strawberi segar yang dijualnya di Cabang 3 Geting, Tumpat sepanjang Ramadan''


Gambar menunjukkan:

Peminat buah ‘kayangan’ itu sanggup beratur lebih awal sepanjang lebih 100 meter walaupun operasi perniagaan hanya bermula pada jam 5 petang

“Saya buat seperti mana saya hendak minum. Setiap hari 20 hingga 25 kilogram strawberi akan direbus selama sejam dan kemudian dikisar.

“Saya juga letakkan strawberi segar yang dipotong ke dalam air. Buah-buah ini diperoleh daripada tanaman tempatan di Cameron Highlands. Susah nak dapat dalam jumlah banyak, tetapi saya sanggup kutip-kutip beli daripada banyak pasar raya untuk menjual jus strawberi segar,” katanya.


Sementara itu, seorang pelanggan, Zaiton Harun, 37, berkata, sudah empat kali dia ulang membeli jus strawberi segar yang hanya boleh didapati di gerai Nik Ayuani.

“Rasanya memang asli dan ‘ketagih’ apabila minum. Sangat melegakan tekak yang seharian berpuasa selain rasa masam manis yang sedap,” katanya yang beratur awal bagi menggelakkan kesesakan ketika membeli jus itu.

Rasa tercabar nak jual air balang jugak? Tunggu dulu.. anda kena belajar dari panduan ini, KLIK SINI

Rujukan artikel : sinar harian

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023