Berniaga Sampingan Secara Dropship

Assalamualaikum,

Sihat semua? Harap-harap semua pembaca dalam keadaan sihat semua. Apa perancangan anda akhir-akhir hujung tahun ini. Moga-moga segala perancangan anda dimakbulkan Allah S.W.T. Tahun 2014 sudah menghampiri penghujung nya. Tahun 2015 akan menjelma tak lama lagi kan? 

Ada tak pembaca saya ni minat bisnes? Bagi yang merancang untuk buat bisnes dropship tu elok la sebab sekarang rata-rata orang buat side income untuk tampung perbelanjaan. Dengan kos sara hidup yang meningkat naik kan, better u olss cari pendapatan sampingan yang boleh memberi pulangan setiap bulan.

Haa. Bercakap pasal dropship ini teringat saya dulu ada sertai dropship produk-produk orang lain. Hasil keuntungan itu boleh la bayar bil internet, top up telefon dan beli baju, seluar, makan KFC hihihi, beli aksesori serta lain-lain keperluan lagi. Pulangan pun tak banyak tapi okey la kan untuk saya bermula.

Bisnes Burger Menguntungkan

Makan burger sedap kan ? Tapi kalau beli dan orang belanja lagi sedap kan ? hihi. kat sini saya cuma mahu bagi tahu bahawa bisnes burger boleh menjana keuntungan lumayan. Tengok saja setiap hari pasti ada je warung-warung burger yang buka setiap malam. Kalau nak burger boleh tempah terus kat abang burger tu !


Cuba u olss pergi pasar malam, pasti akan ada gerai-gerai burger. Bahkan ramai penggemar-peggemar burger yang mengerumuni gerai abang-abang burger tu kan ? Walhal harga yang berpatutan antara RM2.50 sebiji sudah boleh anda makan makan burger sepuasnya. Bagi saya, burger daging menjadi pilihan terutama daging ayam. hihi. Rasanya yang enak empuk menambat lagi selera kan ? Jangan lupa taruk sikit sos lada hitam untuk menyerlahkan lagi aroma burger anda ye.


Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023