Memilih Bisnes Cara Betul

Dari ABS: Memilih Bisnes Cara Betul

Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk dengan tidak mengetahui ciri-ciri produk yang macam mana yang laku, dan produk macam mana yang tidak laku.

  • Mereka menghadiri kursus-kursus pembuatan produk itu dan produk ini. Selepas tamat kursus, mereka pun mengeluarkan produk itu, dan produk ini.
  • Kalau mereka telah mengikuti kursus membuat coklat, apabila tamat kursus mereka pun membuka bisnes pengeluaran coklat. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membuat telur masin, mereka pun mengeluarkan telur masin. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membela kambing, mereka pun membuka kandang kambing.

Mereka terjun dengan berbekalkan semangat bisnes yang menggebu-gebu. Mereka yakin produk mereka akan laku keras, dan bisnes mereka akan menghasilkan banyak keuntungan. 

Mereka mendengar pengendali kursus bercakap begini, begini, begini. Mereka percaya semuanya. 


Pengendali kursus itu memang pandai tentang cara membuat produk. Dia bukan semestinya pakar dalam bisnes produk itu. Umpamnya, dia pandai membuat macam-macam jenis coklat. Apakah dia juga mempunyai bisnes coklat yang berjaya?

Mereka yang menghadiri kursus-kursus pembuatan coklat itu membuka bisnes coklat dengan tidak menyiasat dahulu dengan bertanya kepada orang-orang yang sudah menjalankan bisnes coklat. 

Apabila kita mahu menjadi pengeluar coklat, siasat dahulu, bertanya dahulu kepada peniaga-peniaga yang sudah mengeluarkan produk coklat. Coklat macam mana yang laku, coklat macam mana yang tidak laku, yang susah dijual.

Jangan hanya bertanya kepada 1 ataupun 2 orang sahaja. Maklumat itu tidak cukup bagi mendapatkan gambaran yang betul. 

Jangan hanya bertanya kepada orang-orang yang berjaya. Bertanya juga kepada mereka yang sudah mencuba bisnes itu dan gagal.

Tips ini dibawakan oleh Ainon Mohd.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023