Sudah Guna Google Webmaster Tools ?

Gunakan Google Webmaster Tools

Hari ini, apabila seseorang pengguna mahu mencari maklumat tentang sesuatu produk atau tentang sesebuah syarikat perniagaan. Mereka akan pergi ke google terlebih dahulu dan membuat carian menerusinya.

Disebabkan itu, jika anda hanya sekadar mempunyai website sahaja, tetapi ianya tidak dapat dijumpai menerusi carian di google, ianya adalah sesuatu yang merugikan.

Terdapat banyak cara untuk memastikan website anda dijumpai oleh pihak google, tetapi disini, saya ingin berkongsikan satu cara yang paling mudah dan paling pasti untuk membolehkan website anda di jumpai di google dan seterusnya di simpan di dalam senarai database google.


Caranya... gunakan "Google Webmaster Tools" yang disediakan oleh pihak google di http://www.google.com.my/webmasters/

Menerusi Google Webmaster Tools ini, anda boleh hantar sitemap website anda, melihat status keselamatan website anda, mengetahui berapa banyakkah halaman yang sudah diindeks oleh pihak google dan bermacam lagi.

Jadi, usah membuang masa lagi, pergi ke halaman tersebut, login menggunakan akaun google anda dan mula senaraikan website anda di Google.

Sekian sahaja tips untuk kali ini.

Semoga bertemu lagi di email yang akan datang.

Tips ini dibawakan oleh Mohd Suhaimy, Admin WC

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023