Produk Keperluan dan Produk Kehendak

Dari ABS: Produk Keperluan dan Produk Kehendak 

Bisnes menjual tepung gandum dan bisnes menjual roti budak sekolah adalah contoh barang keperluan.

Banyak peniaga Melayu mengambil hutang bank dengan mencagarkan hartanah bagi memulakan bisnes dalam sektor barang-barang kehendak. Barang sukar dijual, hutang gagal dibayar, hartanah dilelong oleh bank.
  • Membuka kedai makan nasi campur adalah bisnes keperluan. 
  • Membuka kedai makan nasi Arab adalah bisnes kehendak.
  • Membuka bisnes kafe kopi adalah bisnes kehendak. 
  • Membuka restoran salad buah-buahan adalah bisnes kehendak.
Permintaan bagi barang-barang keperluan sentiasa ada sepanjang tahun. Dalam keadaan ekonomi sihat mahupun gawat, orang tetap membeli barang-barang keperluan.

Dengan pertambahan jumlah penduduk, permintaan barang-barang keperluan sentiasa semakin meningkat.

Cara Buat Produk Sendiri

Mudah ke nak buat produk jenama sendiri tanpa pengalaman dan ilmu yang mantap ? Soalan ni cukup sukar bagi saya untuk jawab. Jika dilihat dari mata kasar, kalau ada modal besar mungkin mudah kerana kita tak ada halangan dalam perkara tersebut. Modal besar kalau kita kekurangan idea mungkin tidak membantu dalam memasarkan produk keluaran syarikat kita ya .. Tapi saya tengok, ada je orang modal besar perniagaannya hanya takat tu sahaja. Orang kata cukup-cukup makan ..

Membina jenama produk sendiri penting bagi usahawan kerana produk jenama sendiri boleh melonjak naik jualan jika pengguna dah kenal dan taksub. Produk kesihatan dan kecantikkan seperti kosmetik antaranya produk laku keras sepanjang pemerhatian saya. Produk sendiri meliputi produk kesihatan dan kecantikkan sememangnya permintaan hangat masa kini. Semua orang nak cantik blaker.. 

Perniagaan barangan kecantikan diri ini, sememangnya telah lama bertapak di negara kita. Syarikat-syarikat yang menawarkan produk kecantikan diri ini terlalu banyak dan adakalanya kita seperti sedang menyaksikan satu gelombang besar dalam industri perniagaan barangan kecantikan diri dengan penubuhan syarikat-syarikat yang menjual produk kecantikan dan penghasilan jualan bagi satu-satu perniagaan itu ada kalanya mencecah jutaan ringgit setahun.

p/s : Sekadar gambar hiasan.

Produk Pelembab Kulit

Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar

a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.

Sekian tips kesihatan untuk kulit.

Memilih Bisnes Cara Betul

Dari ABS: Memilih Bisnes Cara Betul

Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk dengan tidak mengetahui ciri-ciri produk yang macam mana yang laku, dan produk macam mana yang tidak laku.

  • Mereka menghadiri kursus-kursus pembuatan produk itu dan produk ini. Selepas tamat kursus, mereka pun mengeluarkan produk itu, dan produk ini.
  • Kalau mereka telah mengikuti kursus membuat coklat, apabila tamat kursus mereka pun membuka bisnes pengeluaran coklat. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membuat telur masin, mereka pun mengeluarkan telur masin. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membela kambing, mereka pun membuka kandang kambing.

Mereka terjun dengan berbekalkan semangat bisnes yang menggebu-gebu. Mereka yakin produk mereka akan laku keras, dan bisnes mereka akan menghasilkan banyak keuntungan. 

Mereka mendengar pengendali kursus bercakap begini, begini, begini. Mereka percaya semuanya. 

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023