Panduan Memberi Nama Anak Baru Lahir

Hi alss,

Bagi mereka yang julung kali mengandung dan ini pasti menjadi satu cabaran buat si ibu bapa untuk meletakkan nama anak . Iya lah, nama anak harus dipilih setelah anda mendapat zuriat. Kenapa ya kita perlu menamakan anak kita dengan nama-nama yang baik mengikut syariat Islam.

Zaman sekarang pun ada ibu bapa meletakkan nama anak yang sukar sebut. Pening saya nak eja satu-satu ! Paling tak pun, panggil hujung nama je. Kalau Qistina nama yang diberi just call "Na" eh ?? haha ...

CC : www.mydaytondailynews

Kenapa nama bayi baru lahir penting kan ?

Nama merujuk kepada panggilan seseorang. Boleh kita katakan ia lebih kepada identiti diri kita. Kalau tak ada nama nak panggil apa pula kan ? Sebab itu, bayi yang baru dilahirkan sewajarnya diberi nama yang membawa maksud dalam Islam . Contoh yang saya beri ialah Syukriyah membawa maksud Bersyukur .

Nama juga dapat membezakan diri kita dengan orang lain. Satu nama mungkin diguna pakai oleh orang lain tapi muka mesti lain-lain kan. hihi .. Dengan nama ber-bin dan ber-bintikan juga melambangkan kita dari agama suci, Islam. Sejak anak masih dalam kandungan lagi para ibu bapa sudah boleh mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir. Pastikan pergi scan dulu jantina anak tu ya !!

Cara beri nama bayi

Ada berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh ibu bapa, khususnya kita orang-orang Melayu untuk memberi nama kepada cahaya mata mereka.

Pada masa yang lalu, untuk menamakan anak lelaki, mereka memilih nama-nama nabi, rasul-rasul, para sahabat Rasulullah SAW. dan para wali dan alim ulama untuk menamakan putera-putera mereka yang baru lahir dengan tujuan untuk mengambil barakah daripada kemuliaan dan keunggulan peribadi empunya nama tersebut.

Kalau bayi perempuan pula, nama-nama yang menjadi pilihan ialah isteri nabi-nabi, dan rasul-rasul, anak mereka dan para sahabat yang termasyur dalam keperibadian mereka yang mulia. Khususnya yang bersangkut paut dengan Baginda Rasulullah SAW,

Kemudian bila dunia bertambah maju, ibu bapa yang otaknya kriatif telah mencipta cara mereka sendiri dalam memberi nama bayi-bayi mereka, antaranya dengan cara mengadunkan separuh nama ibu dan separuh lagi nama ayah yang akan menghasilkan berbagai-bagai jenis nama.

Pesanan saya, untuk meletakkan nama bayi perlu kita fikir dengan agama kita dahulu, maksud nama dan juga cara panggilan. Sebab lepas daftar nama tak boleh tukar sudah !

Pilihan nama bayi baru lahir

Anda boleh merujuk blog ni, ada banyak juga nama bayi baru lahir dari A sampai Z. Jenuh saya nak baca satu-satu, Klik Sini

p/s:
Teknik bagaimana mengajar anak anda pandai membaca seawal usia 1 tahun, lihat testimoni disini. Klik Sini .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023