Tips Nak Tulis Entry Baru Blog

Nak update blog, tapi tak tahu apa benda nak tulis ?

Saya akan ceritakan bagaimana saya boleh mendapat idea untuk menulis entri blog yang terkini . Penulisan adalah sesuatu yang memerlukan kemahiran berfikir, memerhati, amali, dan seumpamanya. Ia tidak datang bergolek-golek idea tersebut. Pembaca tak kira dari Google ke, dari Facebook ke dan lain-lain sumber mesti la nak artikel yang updated. Masalah utama penulis blog adalah mendapat idea. Bagi mereka yang ada banyak pengalaman menulis mungkin mereka mudah "pikat"  untuk mendapatkan idea penulisan. Tidak kah begitu ?

Lubuk idea mencari tajuk artikel blog ...

Mudah sahaja untuk anda mencari tajuk dan juga idea yang bersesuaian dengan citarasa blog anda dan juga gaya penulisan blog anda. Saya tak nak cerita panjang, jom kita terjah tips nya seperti berikut, harap anda faham dan boleh ikuti dengan jayanya.

Pernah anda dengar Yahoo Answers. alaa, tempat orang selalu baca artikel Yahoo tu. Mungkin anda tak perasaan kut sebab selalu search pakai Google kan. Sebab Google ni nampak ringkas dari Yahoo tu. Disana, ada banyak kategori artikel dan juga komen pengungjung. 

Bahkan kat situ, anda akan terjumpa banyak persoalan dan pertanyaan pengungjung lain dari serata dunia katakan. Mana tau kut, setiap soalan yang dilontarkan anda mendapat idea baru untuk penulisan blog kan ? Saya harap macam tu la. Ini sebanyak membuka ruang fikiran anda untuk mendapatkan idea menulis blog.

Ini antara ketegori yang ada dalam Yahoo Answers, pilih la mana berkaitan dengan blog anda.
  • Arts & Humanities
  • Beauty & Style
  • Business & Finance
  • Cars & Transportation
  • Computers & Internet
  • Consumer Electronics
  • Dining Out
  • Education & Reference
  • Entertainment & Music
dan banyak lagi kategori yang ada. Berpuluh, beratus malah beribu komen-komen yang ada untuk anda sediakan artikel di blog nanti dengan jawapan-jawapannya.

Jikalau kita tinjau balik, jangan berasa sedih dan kecewa awok semua ehhh sebab tak dapat idea untuk tulis entri blog. Ini dikatakan perkara biasa kan ? Saya pun mengalami masalah sama masa awal pembabitan dulu dalam dunia blog. Perbandingan mudah, kalau ambil peperiksaan sekali pun kita kena belajar dahulu lepas tu baru boleh score dengan ilmu yang ada tu. Yang pasti, kena bertanya, kena berguru untuk mendapatkan ilmu tersebut ok. Dalam dunia blogging pun sama juga konsepnya.

Insyaallah, kita perbaiki diri agar penulisan blog kita lebih mantap dan suka dibaca oleh pengunjung kan. Sekian. Wassalam.

2 comments:

  1. City link ni dia hntr kt rumah ke,,ambil it ofice

    ReplyDelete
  2. City link ni dia hntr kt rumah ke,,ambil it ofice

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023