Sebab Saya Memilih Citylink Express



Hi alsss,

Saya berkecimpung dalam bisnes jual barang fizikal ni sejak 3 tahun yang lalu, jadi amatlah sukar mencari syarikat kurier yang memberikan harga termurah untuk anda mengepos barang. Saat ini saya pernah mencuba perkhidmatan daripada Citylink. Ini pun lepas direkonmedkan oleh rakan baik saya. Ok jugak, murah dan jimat.


For your info, perkhidmatan penghantaran barang yang cepat dan on time memberi nilai kepuasan kepada customer anda coz sekarang ni semua orang nak sesuatu dengan cepat. Untuk memastikan barang yang dipos selamat sampai kena pilih syarikat kurier yang jujur, buat kerja dengan cekap, ( takut nanti ada pula pergi pos tempat lain ) dan yang paling saya suka dia orang datang pick up


Nak servis pick up kena buka akaun sendiri. Mudah je nak buka akaun, pergi pejabat Citylink dan mintak staff tunjuk ajar. Nanti tiap-tiap bulan anda terima bil bayaran dan diminta langsaikan cajnya di pejabat Citylink. Jimat minyak kenderaan dan upah orang poskan. Saya tak suka nak COD ( Cash On Delivary) penghantaran barang sebab makan masa yang lama, lepas tu terkejar sana sini. Letih pulak !! Better pos saja.

Dengan Citylink, saya boleh berjimat. Berikut beberapa sebab saya memilih Citylink dari syarikat kurier lain :
  1. Citylink mengenakan cas parcel ( bungkusan )  yang berbaloi dan murah, 2kg pertama pun RM8++ . Tak sampai RM9 ya pun
  2. Servis penghantaran baik dan memuaskan, saya pos petang ni, esok customer call dah sampai. Cepat juga kan ? Ni customer Johor tak silap
  3. Mudah kalau korang nak trekking parcel. Just log in to Citylink website
  4. Kalau Google pun, tak pernah lagi orang review perkara buruk mengenai Citylink setakat ni
Itu sahaja review saya, kalau korang nak guna kurier lain tak salah. Pilihan di tangan anda .

Sekian.

9 comments:

  1. Poslaju pun OK juga , harga pun murah serendah RM6 , tapi ada kala buat hal juga...Saya pernah hilang pelanggan dek kerenah Poslaju.

    ReplyDelete
  2. kalau citylink ada jual kotak / bungkusan plastik macam pos laju jugak ke?

    ReplyDelete
  3. guna city link barang lambt sampai
    x bgos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau lambat sampai kawasan pedalaman sikit kot. Stakat saya guna masih OK!

      Lagipun untuk pengeposan items berat sahaja khidmat Citylink diperlukan

      Delete
  4. Hm..mcm menarik. Sky Net pun kadang buat hal. Barang yg boleh sampai sehari pun jadi berhari2. Saya masih x dpt brg yg d post pd saya dari khamis tgh yg lps.kecewa sgt..

    ReplyDelete
  5. Tu rate dulu ke?sy check di website city link 1kg pon dh rm14.20 dari selangor ke selangor. Saya tgh mencari curier service yg murah utk post barang yg besar2

    ReplyDelete
  6. ok gak nie...kalau tak buka akaun boleh pos ke?

    ReplyDelete
  7. Tu rate utk yg buka acc kan?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023