Resepi Mee Kuning Homemade

As salam,

Morning.. hujung minggu nak dekat. Nak masak apa hujung minggu ni? Kan tak kerja, boleh fokus masak mee kuning homemade bersama-sama mak , anak-anak dan suami tercinta. Pasti hujung minggu anda lebih ceria..

Jom Kita Buat Mee Kuning Homemade..

Saya nak SHARE resepi mee kuning, buat pakai MESIN MEE/PASTA  tau... Mesin ni turut dijual online juga. Dengan menggunakan alat ini kerja membuat mee kuning menjadi lebih mudah dan cepat. Kalau dah jadi boleh share testimoni kat jiran-jiran sebelah.. haha. Mencari yang halal itu wajib, jom buat dirumah sahaja

Resepi Mee Kuning Mudah

SUMBER RESEPI : LIZA SULAIMAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan-bahan mee kuning simple dan mudah nak cari.
  • 500gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • Air secukupnya, jgn lembik sudah
  • Pewarna kuning, sikit je


CARA MEMBUAT :

1. Masukkan telur + pewarna ke dalam air.
2. Pastu kacau
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung, agak-agak sudah boleh kepal dan canai ok tau.
4. Kemudian , guna mesin Mee/Pasta yang macam dalam gambar saya kongsikan (GAMBAR NO 2)
5. Rebuskan air dan pastikan masukkan sedikit minyak masak, sesudu je..tak nak bagi dia melekat
6. Masukkan mee yang siap dicanai. Kalau dah siap nak lumur dengan minyak zaitun pun boleh
7 Siap dan boleh masak ikut citarasa. Nak buat mee goreng ke, mee bandung ke, mee udang ke..

ALAT BANTU BUAT MEE KUNING

Kerja-kerja membuat mee kuning menjadi lebih mudah dengan alat bantu ini. Mesin mee atau pasta ni murah je kalau anda nak...


Rupa dalam. Ada gigi tu. Nak kasi mee anda terbentuk cantik.


Tidak menggunakan sebarang elektrik. Hanya menggunakan kuasa tangan sahaja. Anak-anak boleh bantu mak memasak kat dapur ...

Untuk tempahan Mesin Mee/Pasta ini pastikan anda SMS/Wassup wakil jualan online di 013 3049082. 

Saya rasa harga nya tak sampai seratus pun siap pos. Jadi, dapatkan segera hari ini.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023