Cara Buka Akaun Poslaju

Hai,

Ada antara anda ni nak tahu cara buka akaun Poslaju ? Meh saya ceritakan secara ringkas bagaimana nak bermula. Proses nya tidak sesukar seperti yang anda sangka asalkan semua dokumen yang dikehendaki ada bersama anda..


First, boleh pergi ke pejabat Poslaju yang berdekatan Pos Mini tak boleh.. Jika anda berkunjung ke Pos Malaysia kerani disitu akan meminta anda untuk berjumpa pegawai khas Poslaju. Boleh juga tanya mereka dimana pejabat Poslaju terdekat, jangan lupa catat nombor telefon.

Dokumen akaun kontrak Poslaju yang perlu ada :

1. Salinan daftar perniagaan SSM
2. Deposit bergantung pada Poslaju .. Deposit boleh ambil balik apabila close akaun
3. Cop perniagaan/syarikat
4. Borang pembukaan akaun. (akan diberikan oleh staff terbabit)

Proses kelulusan bergantung kepada HQ di Kuala Lumpur.. Minima saya tunggu selama 1 bulan baru akaun approve. Tunggu jer !!

Selepas akaun diluluskan, satu salinan surat akan diposkan ke alamat anda. Tunggu apa lagi?? Anda sudah ada kontrak dengan Poslaju dengan jaya nya..

Kelebihan membuka akaun kontrak dengan Poslaju :

Anda boleh pick up dengan hanya call pejabat poslaju. Pick up antara waktu bekerja 2-5p.m . Selain itu, Poslaju akan bekalkan juga consignment note serta plastik flyers. Jika dah habis, boleh request balik. Percuma je untuk pelanggan kontrak. Untung laa kan??

Kos pos dapat sedikit murah dari walk-in .. Anda tidak perlu bersusah payah keluar rumah jika parcel anda terlalu banyak. Oh ~ pick up juga menyediakan pengutan menggunakan van atau motosikal. Boleh bagitau Poslaju masa call tu nak van atau motor.

Bil Poslaju & Bayaran 

Bil akan dihantar ke alamat emel anda 2x sebulan iaitu bil 15 dan bil 30. Boleh bayar online pun. Anda mesti melunaskan jumlah tersebut dalam masa 30 hari bekerja. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan akaun anda digantung

Akaun poslaju dah ada kan ? Barang nak jual dah ada ke belum? 
Jika belum ada boleh belajar cara memborong dari China dengan harga begitu murah. Anda hanya perlu tempah dan tunggu dalam masa beberapa hari bekerja

Nak belajar memborong dari China secara online ? Panduan ada disini. Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023