Tips Elak Ditipu Membeli Di Shopee

Hai

Setiap hari dilaporkan ada je kes kena tipu tak kira la pembelian online ke, phone call ke dan sebagainya..


Mana-mana platform pun mesti ada scammer yang cuba menipu dalam urusan jual beli. Agak berisiko kalau membeli direct dari penjual yang kita tak tahu indentiti. Di Shopee pun ada kes penipuan semasa urusan jual beli

Ada beberapa tips supaya anda boleh elakkan ditipu:

Pilih preferred Seller. Akaun ini mestilah disertai dengan testimoni lepas. Anda boleh lihat sendiri di bahagian review. Selain itu, akaun preferred seller juga mestilah mendapat rating yang tinggi. Ini membuatkan pelanggan lebih yakin untuk membeli belah

Shopee Mall pun diperkenalkan untuk company yang berdaftar secara sah. So, boleh beli barang dari jenama apa-apa pun dari Shopee Mall. Tanda shopee mall ni berwanda merah oren!

Selain itu, Shopee pun ada menyediakan butang chat. Anda boleh chat secara terus dengan bakal penjual anda. Tengok la respond mereka, kalau cepat respond boleh je beli. Jenis lambat sangat respond sampai 24 jam tu memang saya tak akan beli walaupun dia bagi harga murah

Shoppee Guarantee tau ke? Anda release bayaran setelah menerima barang yang di order. Kalau belum sampai dalam masa dijanjikan Shopee menawarkan pembatalan belian. Jadi, risiko kena tipu agak tipis skali disini

Berikut seperti yang dinyatakan diatas, anda harus mengawal sendiri pembelian secara online agar tidak tertipu. Pilih dan semak terlebih dahulu kriteria penjual. Sekian

Memulakan perniagaan sendiri lebih baik kecil-kecilan dan menjimatkan. Kalau anda nak upah website sendiri kena ada modal besar, lepas tu website kena promote lagi. Kalau kat Shopee hari-hari trafik masuk!

Ini lah peluang anda nak buat duit tepi!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023