Review Produk Guardian Aloe Vera Gel

Hai,

Anda mungkin berminat dengan entri kali ini kerana saya akan mengupas sedikit sebanyak berkaitan produk Guardian Aloe Vera Gel. Saya pertama kali menjumpainya semasa berkunjung ke Guardian. Maklumlah, aloe vera kan sudah bertahun dulu digunakan sebagai ramuan kecantikkan dan kini ramai pengguna memilih produk berasaskan Aloe Vera


Mujur lah Guardian mengeluarkan produk hebat dan mampu milik ini. Isipadu 250ml sangat banyak dan berbaloi. Guardian Aloe Vera Gel  saya pakai sebagai losyen ditangan, kaki, parut badan je . Tak letak pun kat muka.

Didatangkan dalam 2 jenis kapasiti iaitu 100ml dan 250ml. Bagi saya, akan pilih 250ml sudah memadai untuk penggunaan 3-4 bulan. Lagipun semasa promosi anda boleh dapat serendah RM7-8 satu tiub 250ml. Harga asal RM10.30


Guardian Aloe Vera Gel mengandungi 100% lidah buaya tulen untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga diperkaya dengan anti-oksida vitamin E untuk membantu melegakan dan menghidrat kulit. Kulit pun kelihatan lebih bermaya dan bersinar. Ofcos la kann!

Tekstur water-gel like

Aloe Vera Gel ini tidak berminyak berkesan melegakan selaran matahari dan gatal yang disebabkan oleh kulit kering. Produk ini bebas dari alkohol, pewarna dan wangian. Kann boleh dikatakan sudah setanding dengan jenama luar antarabangsa.


Guardian Aloe Vera Gel adalah :-
  • Tiada bau
  • Tekstur gel jernih
  • Tanpa alkohol
  • Mudah dibawa dalam beg
  • Cepat meresap
  • Harga murah
  • Hanya dijual di Guardian shj

Harga nya pula amat berpatutan dan mampu sesangat untuk kita beli dan guna. Disamping itu, ini bukan produk cikai tau kerana Guardian amat menitikberatkan keselamatan produk untuk para pengguna.

Anda boleh rujuk promosi semasa di website Guardian, Klik Sini

Peringatan : Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhi dari kanak-kanak. Elakkan bersentuhan dengan mata atau kulit pecah. Jika produk terkena mata, bilas dengan air.
Berhenti menggunakan produk ini jika kerengsaan kulit berlaku dan segera dapatkan doktor. Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Jauhkan dari cahaya matahari secara langsung

1 comment:

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023