Pengalaman Naik Bus Citytour KL Hop On Hop Off

Hai,

Masa pergi KL tempoh hari berkesempatan dengan Matta Fair, jenuh saya berjalan-jalan melihat pakej pelancongan yang ditawarkan. 

Agak rambang mata kerana terlalu banyak syarikat pelancongan berlesen menawarkan pakej mereka meliputi perjalanan dalam Malaysia mahupun luar negara. 

Berbalik kepada cerita kita, pada masa yang sama KL Hop On Hop Off ada membuka booth jualan dan mempromosikan tiket bas tersebut. 

Gambar oleh KL Hop On Hop Off
Harga tiket untuk tempoh 24 jam dan juga 48 jam ditawarkan untuk para penumpang. Anda boleh menyemak harga di website KL Hop On Hop Off ataupun boleh lihat screenshot dibawah:


Jika nak dibandingkan drive sendiri, naik KL Hop On Hop Off  Citytour Bus ini lagi menjimatkan masa. Nak ambil gambar pun senang dan juga keadaan bas yang saya naik tempoh hari juga terjaga. Bas KL Hop On Hop Off  ini adalah 2 tingkat. 

Tingkat sebelah atas tu dia sparuh berbumbung dan separuh ada bumbung. Kalau nak naik, sila pergi awal pagi. Tengah hari agak panas, dan tak selesa bagi mereka yang ada anak.

Pick up paling awal jam 9 a.m
Pick up paling lewat setiap lokasi 7 p.m , jam 8 p.m operasi last dah tu ..

Ini antara gambar-gambar yang sempat kami rakam. Waktu tersebut cuaca tak mengizinkan. Hujan pun best laa jugak. haha 

Harga tiket untuk 24 jam

Tempat kami naik KL Sentral, cari sahaja papan tanda ini

Itupun rupa bus tu, pernah tengok kan??

Check tiket sebelum naik

Kemain seronok kan dgn tiupan angin kuat




Rasa macam pelancong pulakk kann, tengok video diatas yaa :)

Gambar dari KL Hop On Hop Off 
Peta perjalanan bas dan perhentian setiap lokasi 

 KL Hop On Hop Off juga menepati ciri-ciri berikut:

1. Bus ada aircond, pilihan untuk  Open Deck View pun ada 
2. Ada crew yang announce (Live Crew Commentary)
3. Anda dibawa mengenali 70 tempat menarik dan bersejarah sekitar KL
4. Kemudahan disediakan untuk orang kurang upaya (Disable Friendly)
5. Pilihan tiket untuk 24jam atau 48jam
6. Bas adalah selamat dan mengikuti spesifikasi JPJ 

Bagi mereka yang mahu tahu lebih lanjut Bus Citytour KL Hop On Hop Off  boleh rujuk maklumat dibawah:

Website     : http://www.myhoponhopoff.com
Contact us : inquiry@myhoponhopoff.com
Phone        : +60392822713


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023